CLICK CLICK

April 04, 2017

TIPS: Minum Air Secukupnyaa!!

"Kalau nak kurangkan berat badan, antara tips paling penting ialah MINUM AIR BANYAK!"
So you then set your target; mulai harini nak minum air secukupnya. Ala, 8 gelas sehari bukan susah. Pagi 4 gelas, tengahari ke petang another 4 cups.

Anda mulakan hari lepas tu tetiba lunch break, 1 gelas pun tak habis!! 

TET! Permulaan yang GAGAL!! - tak apa, hari esok ada lagi.. And the story goes on and on and on!! Sampai bila??

Picture courtesy: Google

p/s: ini bukan iklaannn!! Hahahaaa

Sebenarnya, saya ni jenis yang tak minum air sangat. Bermula dari zaman sekolah menengah, where I stopped carrying water with me to school (I don't even know why!!) Bila usia dah meningkat, kesedaran tentang kepentingan air mula meningkat jadi bermulalah perjalanan minum air. Target macam biasa la, minimum intake which is 8 cups a day. Tapi kan, tak pernah berjaya! Sometimes turun dengan jumlah tu, balik pun dengan jumlah tu juga. Bila dah balik baru perasan tak minum air seharian. Wowweii. Hahahah!

Banyak dah tips dah cuba tapi tak pernah berjaya. Bawalah sebesar mana pun botol, paling-paling setengah! #apasalsusahsangatni !! Until one day, I found a water bottle yang memang direka khas untuk orang bermasalah dengan air, like me!!


There you go!! Nampak tak masa yang dah tertera kat botol tu? Masa tu menandakan setiap waktu untuk minum, dan garisan putih untuk menandakan sukatan setiap kali minum. Bermanfaat kan? Bagi saya memang bermanfaat! Pernah ada kawan-kawan tanya saya, kenapa perlu ada waktu untuk minum air, dan jawapan saya sangat mudah (dan logik!)

Psychologically, manusia hanya akan minum bila haus. Jika ditanyakan, adakah kita selalu haus? Biasanya tidak, because most of the time, kita hanya akan haus bila melakukan aktiviti yang banyak bergerak dan membuat kita berpeluh. Bagi kita yang bekerja dan belajar, duduk menatap PC dari pagi ke petang dalam bilik berhawa dingin, adakah kita akan merasa haus? Secara logiknya tidak. Bukan itu saja, bila dah lalai dengan kerja yang melambak, mesti tak ingat nak minum air. Lagi-lagi the stay-at-home-mom, bila dah terkejar sana sini mesti "terabai" bab minum air. Kann?

Jadi, manfaat botol ni ialah you will keep on drinking to follow the time and line, walaupun tak haus. Melalui cara ni, senanglah nak capai target 8 cups a day!! :) Walaupun terkejar sana sini, bila tertengok botol ni, at least laa boleh ingat nak minum dan boleh track berapa banyak dah diminum!

Mula-mula memang agak sukar untuk follow masa tu, tapi bila dah jadi kebiasaan, automatic ambil botol dan minum walaupun belum masanya lagi. Kadang-kadang belum waktu untuk refill pun dah refill. Dan itu lagi bagus, sebab botol ni 750ml saja.. 3 kali refill maksudnya 2250ml. Memang dah cukup sebab manusia disarankan minum 2L sehari!! :)

Apart from menjadi botol air, boleh juga jadi motivational bottle! Wakaka!! 1 ayat tapi 2 maksud; Don't Quit dan juga Do It! Menarik kan? Bila tengah workout, terus tatap botol ni.. Jadi semangat lagi!! :) Jadi kepada sesiapa yang masih mencari cara nak minum air secukupnya, boleh cuba beli botol macam ni ;)

p/s ii: Maaf ayat bercampur BM & English! Sedaya upaya nak type dalam BM, tapi otak English!! Sebab belajar kat uni syllabus nya English, automatic jadi English Speaker. Hekhekhekk

No comments:

Post a Comment