CLICK CLICK

January 25, 2014

SARIKEI: Tragedi Bot Karam (24/01/14)



SARIKEI: Belum pun reda tragedi perahu panjang karam di Sungai Lassa, Daro di Mukah Sabtu lalu, tragedi sama berlaku lagi hari ini melibatkan sebuah bot penumpang di Sungai Sian, Bintangor di sini, menyebabkan seorang hilang dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, seramai 17 penumpang daripada bot berkenaan dapat diselamatkan oleh krew sebuah kapal tongkang yang melalui kawasan tersebut. Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Abdul Mutalib Rashid berkata, mangsa yang hilang ialah Kenny Bisa, 28, berketurunan Iban.

Katanya, mangsa menaiki bot 1AZAM bersama penumpang yang lain dan dalam perjalanan menuju ke Nangga Bangkit, Bintangor, sebelum dipukul ombak besar dari kapal tongkang tersebut.

"Kesemua penumpang diselamatkan oleh krew tongkang terbabit kecuali mangsa yang hilang dipercayai dibawa arus sungai. Sehingga pukul 4 petang, mangsa masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, kesemua penumpang berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian di situ.

"Jarak perjalanan dari jeti Bintagor ke rumah panjang di Nangga Bangkit ialah kira-kira 30 kilometer atau 40 minit perjalanan menggunakan bot," katanya.

Menurut Abdul Mutalib, selain faktor cuaca, bot penumpang itu dipercayai tenggelam berikutan lebihan muatan kerana selain 18 penumpang termasuk juragan dipercayai mereka turut membawa dua beg simen masing-masing seberat 100 kilogram. SUMBER.

***********
2nd capsized boat tragedy for this month. Sobs!

10 comments:

  1. ya takziah n turut berdukacita...

    ReplyDelete
  2. La, kamek baruk tawuk padahal Bintangor dekat jark dari tempat kamek. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Sorg gk alu lom jumpa nak? Terkejut juak kmk dnga berita lam radio ada gk bot karam...

    ReplyDelete
  4. kesiannya, plak pada yang taktaw berenang...

    ReplyDelete
  5. pengangkutan air memang jd keutamaan di sana, nasihat kita cuma berhati-hati kepada pengguna..malang tak berbau sama juga nahas di jalan2 raya atau di mana saja. ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga terlibat.

    Vee , sihat? :)

    ReplyDelete
  6. Ziarah blog Vee. Adush... baca pasal bot karam lagi. Sedihnya.

    ReplyDelete
  7. takziah kpd keluarga mangsa.. gelik juak dgr berita karam2 camtok..

    ReplyDelete