CLICK CLICK

November 13, 2013

Koleksi Peribahasa Karam Singh Walia

Hello, everyone!! Peribahasa Karam Singh Walia pulak. Ini dah takda kerja namanya. Hahaha. Saja ja weh, release tension sat! Orang nak wakil rakyat memang begini. Ahaks. Btw, siapa yang tak kenal KSW tu.. Ey, rugi weh tak kenal dia. Haha. Here's a list of it; .
*********
1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4. Biar lambat, asalkan tak cepat.
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9. Secupak takkan jadi 18 cupak.
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.
17. Hidup segan, mati ditanam.
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.
20. Sehari selembar benang, lama-lama benang pun habis.
21. Jika kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
23. Membujur lalu melintang pukang.
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.
27. Di mana ada titi, di situ musang meniti.
28. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!!!

*********
Gelak sorang-sorang baca ni. Hahaha. Aku sorang je yang gelak ke? AHAKS! By the way, adik-adik manis, peribahasa ni tak boleh guna masa tulis karangan okay. Kang benjol kepala kena hempuk chekguu. Wakaka. Nah, ini dia Mr KSW.
Google's Image
Lama tak nampak beliau. It's either beliau dah jarang masuk TV atau sebab aku yang tak layan berita TV3 dah. Ahaha. Anyway people, sorry for not being active lately. Kebanyakan entry auto-publish. Kadang-kadang tak masuk sini sebenaqnya. Hee. Tunggu ja weekend ni. Thanks for reading. Heart you guys! Muah!

8 comments:

  1. Yang last skali tu best ok.hahaha

    ReplyDelete
  2. KSW ni memang femes dari kecik-kecik sampai sekarang. dia punya peribahasa n pantun boleh buat orang gelak. haha ditambah dengan gaya tangan dia tu... memang tak ada orang boleh ganti punya.

    ReplyDelete
  3. Yang paling akhir tu terbaik! Boleh pakai selalu. haha.

    ReplyDelete
  4. hahaha! nang lawak ehhh..

    tapi nak bapa kmk madah kan.. mun dlm BM kan kdg2 diterima juak.. mun UPSR lah.. ya senang students mok score.. tp mun sekolah menengah ya sik tauk lah. nang kenak oleh cikgu rasanya. hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahaha. Macam lawak je. Macam best je... Karam Singh Walia dah takda kat tv3, sbb dah karam dilautan. =P

    ReplyDelete
  6. Membujur lalu melintang pukang.

    what the......hahahahaha :P

    ReplyDelete
  7. hahahahaa.memang gelak sorang sorang.
    vee ada geng juga

    ReplyDelete