CLICK CLICK

November 08, 2013

Diam-diam sudah :)

Selamat petang, saudara dan saudari sekalian. Selamat datang ke blog Borneo Girl :)

Makin hari makin formal pulak. Ahahaha. Anyway, Malaysia sekarang ni memang tengah hot dengan cerita tentang couple ni yang upload video kissing tu kan? Aku tak tau pun tentang ni, sampailah terbaca satu entry dari sahabat blogging kita di sini :) Tapi itu bukan yang nak aku share kat sini.

Sebenarnya, masa baca entry tu tadi, aku terfikir jap. Patut ke kita buat macam ni? I mean, we as bloggers, patutkah kita share benda macam ni untuk tatapan ramai? Bukankah ini dah mengaibkan orang namanya? Bukankah itu menjatuhkan orang namanya? 
Then I read few comments, ternyata, bukan aku sorang je yang rasa macam tu. Setuju dengan 3 orang sahabat ni, sepatutnya kita tak buat macam ni. Macam dalam comment kedua tu, memang benda ni dah tersebar but just don't get involve it in lah kan.. Lebih baik kita berdiam diri, daripada masuk campur.

Bagi aku, benda macam ni memang tak patut kita sebagai bloggers masuk campur. I mean, takda maknanya nak share kan? Kalau kita share and doakan supaya dorang sedar tu MASIH boleh diterima, tapi yang ni bash dorang; kurang manis laa. Bila kita naikkan entry macam tu, secara tak langsung kita ajak yang lain bash dorang.

Sebenarnya, based on my observation, banyak bloggers kat Malaysia ni boleh dikatakan cyber bullies sebab kes macam ni people consider it as cyber bully. Kat negara Barat, even kita cakap orang tu BODOH melalui social sites pun dikira cyber bully. Apatah lagi macam ni, sampai sebar gambar dorang, bash dorang dalam entry. Hati-hati sikit, sahabat-sahabat sekalian. Ni dunia maya, satu dunia boleh tengok.
And.. Instead of update benda macam ni, why not cerita tentang diri sendiri? Blog diri sendiri kan? Tak pun, update la tentang apa-apa berita yang rare, information tentang benda lain laa. Daripada kita bash orang lain kan? Aku cakap semua ni tak beerti aku ni pro and perfect, cuma satu peringatan buat diri sendiri dan orang lain. Bila kita buat ni, bukan je effect orang tu bila dimalukan sampai begitu, tapi kat kita sendiri sebab akta tentang cyber bully memang wujud so people can charge you anytime.

Jangan gara-gara benda ni kita dikenakan tindakan. Tak bawa manfaat langsung. Dan ingat, Tuhan tu melihat semuanya dan maha adil. Mana tau next time kita buat kesilapan pastu orang bash kita balik? What comes around goes around kan? Pendek kata, diam diam sudahhh :) 

Thanks for reading! xx

14 comments:

  1. ha'ah..pemes benda tu..tp sy pn xtgk lagi..cna cni cite tu je..


    *salam kenal*

    ReplyDelete
  2. kalau update untuk dibuat pengajaran tak mengapa tapi sampai bash2 tu tak elok lah kan.

    ReplyDelete
  3. Umi setuju dengan pendapat dear ... nice entri (^_^)

    ReplyDelete
  4. setuju dengan apa yg awak ckp..nanti bila dah terkena diri sendri baru taw langit tinggi ke rendah..suka sgt bash org..prfff

    ReplyDelete
  5. selalunya kalau profesional nak update diorang tak akan letak bahan bukti ataupun mention, just hint pon dah ckup.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Yang mengupload pun sepatutnya sudah sedia maklum dengan hukuman yang sudah tersedia oleh manusia cyber.. maki hamun, caci hina tu memang galak la buat mereka yang upload benda2 memalukan. Hairan betul, bangga mengupload benda2 macamtu..

    Bila dah tersebar di alam maya, nak suruh mereka2 yg cyber tu tutup mulut? mustahil dh, lagi galak la mereka dok share.. kalau ianya tidak berpunca dari org yg mengupload perkara caci mencaci di alam cyber tidak akan berlaku..

    Fikir dlu mengenai apa yang kita akan upload di internet.. mencegah lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju sgt. Semua pihak mainkan peranan sebenarnya. Yang upload dan juga yang menontonnya. Tapi bila benda dah jadi, kita jangan parahkan benda tu. Dannn, kita pun patut fikir apa yang kita update. Mencegah lebih baik kan, so we better mencegah tindakan2 yang mungkin dpt memudaratkan kita yang bakal dilakukan. Heheh :)

      Delete
  7. tak perlu untuk share benda yang negatif...cukuplah sekadar peringatan sendiri..

    ReplyDelete
  8. Sya lg suka ceta pasal menda yg sya masak..hehe

    ReplyDelete
  9. benda2 yg bukan bukan ni serius memang tak berminat nk ikut. heheh,

    ReplyDelete
  10. bena kata dirik.. share utk jadikan sebagai pengajaran bersama boleh tapi sik perlu lah mok cerita dari A sampe Z buka aib org.

    ReplyDelete
  11. setuju...tak elok la kita nak aibkan orang kan..

    ReplyDelete