CLICK CLICK

October 26, 2013

Sambal Telur!! ;)

Selamat pagi, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Aiseyman. Hahaha :P 

Sebenarnya hari tu terbaca entry ZACK about his mom's sambal telur [CLICK], terus ter-inspired to make it my lunch the next day. Muahaha. Here's the recipe >>

Bahan masakan: 
  1. 3 bawang putih *
  2. 3 cili kering *
  3. 1/2 inci halia *
  4. 1/2 bawang besar (dihiris bulat)
  5. Garam + gula
  6. Telur ayam (Vee guna 5 biji)
  7. Sos tomato/cili
* - ditumbuk bersama

Cara penyediaan:
  1. Telur ayam direbus dan digoreng. Selepas digoreng, letakkan ke tepi
  2. Tumis bawang putih, halia dan cili kering yang telah ditumbuk
  3. Masukkan bawang besar
  4. Masukkan garam, ajinomoto, sedikit gula
  5. Tuangkan sedikit air (lebih kurang 3 sudu besar)
  6. Tuangkan sos tomato/sos cili dan gaul. Biarkan seketika hingga mendidih sedikit
  7. Tambah lebih kurang setengah gelas air supaya tak terlalu pekat (terpulang nak berapa pekat)
  8. Masukan telur yang telah digoreng kemudian gaul dan biarkan masak seketika
  9. Setelah siap, hidang dan makan!! :)
Telur rebus yang digoreng
And this is how it looks like!! ;)
Selamat mencuba! Selamat berhujung minggu xx

5 comments:

  1. sedapnya. sy suka telur yang direbus then digoreng. yum yum

    ReplyDelete
  2. wah,, terima kasih sangat dengan resepi dari vee ni, boleh lah mama try ni, hihi

    ReplyDelete
  3. omg!! dh tengah lapaqqqqqqq!! p tlh msk..

    ReplyDelete