CLICK CLICK

October 02, 2013

Malaysian Cuisine - Ayam Masak Merah

Annyeonghaseyo, good morning!! :) Actually malam tadi Vee masak ayam masak merah - for the first time. Ahaha, sila jangan gelak!! Lain-lain Vee dah pass, yang ni je belum lagi. So malam tadi ambil kesempatan untuk cuba :) Thanks to the internet, dapat cari recipe dengan mudah. And thanks to the internet too, aku jadi serabut cos there's a loootttt of different recipes for one food. LOL! I picked the most simple one :) Heree we goo!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kisar;
> 5 keping cili kering
> 3 biji bawang merah (boleh diganti dengan 1 bawang besar)
> 1 bawang putih

Bahan lain:
> 2 sudu sos cili
> 2 biji tomato
> garam
> gula
> tepung, white egg (untuk goreng ayamss)

And of course, you need CHICKEN!! :)

Penyediaan bahan:
> Bawang putih, bawang merah, cili kering dikisar bersama. Kalau rajin boleh tumbuk guna lesung batu. Vee blend pun sebab tak suka tumbuk cili. Hehehe.
> Tomato potong kecik-kecik. Huduhh tak apa, nanti akan hancur jugak!!

Tomato sudah siap dipotong, bahan pun dah dikisar, sekarang boleh mula masak :) Here we go!
  1. Goreng ayam sehingga separuh masak. Vee goreng guna tepung Kentucky. Lepas semua digoreng, letak ke tepi.
  2. Tumis semua bahan kisar.
  3. Masukkan tomato dan gaul sehingga hancur. Boleh tambah air untuk cepatkan proses penghancuran.
  4. Masukkan sos cili. Vee guna sos Thai! :) 
  5. Bila kuah dah pekat, masukkan ayam dan gaul sehingga rata.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan seketika sebab ayam tadi pun separuh masak kan :)
  8. Bila dah ready, hidangkan je laaa.. :D

Very simple tapi cuak jugak, first time masak benda ni untuk family sampai tak sanggup makan dengan dorang. Alasannya masih kenyang. Huwahaha. Tapi okay la kot rasanya sebab abang asyik tanya "bila nak start business catering?". Entah itu perli atau pujian tidak langsung. Hahaha.

Anyway, sorry kalau resipi kat atas ada kekurangan. Entah dari mana Vee dapat, Vee main culik gitu pastu close link, so umm.. Sorry and thanks kepada tuan empunya resipi. Hihihihi. Have a great day! :)

4 comments:

  1. Wah. Pandainya dia ajar masak... Bagus2... =)

    ReplyDelete
  2. ehem..ehem...bila nk masak utk kak sally..? :D

    ReplyDelete
  3. mak ai meleleh ayaq liuq kak tengok masakan vee ni. pandai gak ekkk masak.. ^_^

    ReplyDelete