CLICK CLICK

October 12, 2013

Bila Yang Sakit Memasak ~

Annyeong, good evening! :) First entry for today. Vee okay jak, cuma demam on and off, suara makin garau. Ahaks.. Idea untuk entry ni tercetus bila diriku ini terpaksa bangun pukul 12 tadi, masak untuk familia.. Parents bekerja, bro and sis dua-dua takda kat rumah. Takkan nak biar mummy masak lepas balik kerja pukul 1pm kenn. Bangun je la :)
Google's.
Sebenarnya, bila nak tengok orang yang memasak tu sihat ke tak, banyak petandanya. Boleh kesan tanpa perlu nak tanya. Tengok je ciri-cirinya dah tau. Nak tau ciri-ciri orang tak sihat memasak, scroll ke bawah.. ;)

Kesan #1; Terlebih garam/gula etc
Yang ni standard lahh kan. Bila orang sakit, lagi-lagi yang flu and sore throat memang takkan rasa apa dah. Tawar je rasa makanan tu. So bila dia masak, memang semua rasa akan terlebih. Terlebih garam, gula, cili, lada, dsb. Puncanya? Sebab mulut tak rasa apa dah kan, so kononnya tawar padahal dah cun, jadi dia tambah sampai rasanya cun kat tekak sendiri..

Kesan #2; Takda rasa!
Yang ni pun standard jugak. Opposite je dengan yang pertama. Bila sakit, dia sedar apa yang dia rasa memang tawar, so dia tambah garam+gula "secukupnya", tapi tak peduli tentang rasa. Mungkin dia ingat mulut dia yang tawar tapi masakan okay. Gituu. Lagipun kalau dia rasa nanti, cukup ke tak sama je dia rasa tawar. Ahaha.

Kesan #3; Masak gitu gitu ~
Inilah saya. Huhu. Bila dah sakit, kepala hengg rasa nak hentak kepala kat dinding, semua dibuat ala kadar. Janji ada. Masak gitu je, takda lagi ayam masak halia, merah, etc yang yummy. Hehe. Tapi bagi warning jugak, suruh dorang pandai-pandai lahh tambah apa dorang nak. Hiks. Janji ada and dorang tak perlu nak berpungpang kat dapur lagi untuk masak kan, just tambah apa yang dorang nak. Instant gitu. Hewhewhew..

Kesan #4; Sinki penuh
Wakakaka.. Ini pun saya. Lepas masak, semua perkakas dimasukkan dalam sink. Pastu tidoq. Hahaha. Letih wehhh nak cuci semua tu. Lagi-lagi kes macam saya, hidu bau bawang semua tu bila demam dah mual ~ Sabor je lahh bila masak, nasib tak terkeluar. Ni nak cuci lagi. Grr..

So far, ini je lahh yang saya tau. Well, rasa kat diri sendiri kan. Hehehe. Respect lahh ngan ibu-ibu kat luar sana yang still kuat jaga keluarga meskipun sakit. Lagi-lagi yang pregnant, yang ada alahan. Pastu kaki, belakang semua sakit, usung baby sampai 3 kg dalam perut, buat lagi house chores. Tabik sprrrriiiinnnggggg ahhh!! ^^, Makanya, sayangilah ibu dan isteri anda. Jangan lupa adik perempuan atau kakak anda juga. Muahahaha..

ps: Hospital tak call lagi. Tak tau apa keputusan blood test. Harapnya malaria free!!! Suara pun garau habis. Kalau kat KL sah sah orang panggil pengkid. Tsk tsk tsk. Doakan saya sihat walafiat cemerlang gemilang terbilang xx

9 comments:

  1. alahai budak demam kena masak tecian nya . vee petua utk masak time demam so that rasa dia stable adalah belajar memasak tanpa merasa ^_^ paham tak maksd kak ? hehe.. kalo dh biasa masak tak rasa automatik time demam pon rasa tetap sama..

    P.s : Vee demam2 memasak nasib baik xpengsan kat dapor kalo tak, terkejut ibu vee bla balik umah ^_^

    ReplyDelete
  2. singgah+follow sini...;)
    sbgai seorang mummy...walaupon sakit...ank2 xkn di biarkn terabai...di gagahi jugak wat kerja,,,pengorbanan...;)

    ctamanaqim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. get well super soon yaa..hahaha :)

    ReplyDelete
  4. vee masak untuk saya pliss.. tawar pon tawar la :p

    ReplyDelete
  5. siannya ktk
    sama la..kmk mun kmk x sihat disuruh masak nang memberontak sikit..hihi
    aok ooo..part basoh pinggan ya malas kmk nak ngagak

    ReplyDelete
  6. mun kmk nang sikda rasa makanan ya.. haha..

    get well soon ok.. :)

    ReplyDelete
  7. semoga sihat ye ve, tapi kan sebenarnya bahaya tau kalau org yg kurang sihat ni masak. takut boleh merebak virus. contohnya mcm org selsema yg masak, boleh spread nanti

    ReplyDelete