CLICK CLICK

September 28, 2013

Behind The Pain || Disebalik Kesakitan

Annyeonghaseyo, everyone. Good evening! :) Hari ni Vee nak kongsikan sesuatu yang begitu precious buat diri Vee dengan korang semua. Setiap orang pernah gagal dalam kehidupan kan? It doesn't matter dari segi apa; pelajaran, rumah tangga, cinta, keluarga, or anything else not mentioned. Apabila kita gagal, mesti rasanya begitu sakit sampai tiada kata-kata yang mampu kita ungkapkan, dan hanya mampu membiarkan air mata berbicara.

Vee tahu bagaimana rasanya, sebab perkara ni baru je terjadi dalam hidup Vee. 1 Oktober ni nanti, genap dua bulan Vee single, so now you get what did I experienced? Singkat, baru je dua bulan so hati ni masih belum pulih. But I know God is mending it now :') 
Favourite picture! Love the message <3
Behind every pain, mesti ada hikmahnya tersendiri. Sebab itulah kehidupan. Tak kisah kegembiraan atau kekecewaan, pasti ada hikmahnya. Pada Vee, ada beberapa pengajaran yang Vee dapat melalui semua ni. Pada peringkat awal sesuatu kejadian tu, memang kita rasa down sekali sebab masa tu emosi belum stabil. Dalam kepala kita hanyalah KENAPA. Kita persoalkan insiden tu, why did it even happened to me? What did I do to deserve this?  Dan pada yang sama kita akan cuba pertahankan perkara tu.

But then, human with problems is like holding a cup full of water. We try to stand for it, ibarat kita memegang gelas tu tadi and jaga betul-betul biar air tak tumpah. Tapi lama kelamaan, pasti tangan kita penat right? Nak tak  nak, we have to let it go dan biar air tu tumpah. That is human and problems. Pada mulanya memang perit nak biarkan air tu tumpah, tapi dah lama kita akan melihat sesuatu yang lain disebalik tumpahan tu.

Untuk Vee, masa ni memang tak nampak lagi impact "tumpahan air" tu tadi, but I can spot some lessons from it. First important lesson is nothing last in the world. Tell me, apa yang kekal kat dunia ni? Even kita sendiri as in human being pun akan pergi satu hari nanti, apatah lagi benda lain. Kebahagiaan takkan selamanya milik kita, that's why kita harus sedar dan jangan sesekali lalai dalam kegembiraan kerana kesakitan pasti akan tiba satu hari nanti. Bersederhanalah dalam segala sesuatu.

Next lesson is GOD's love is BIG. Bila kita terjatuh tersungkur, ramai yang akan hulur tangan untuk bantu kita bangkit kembali. Tapi di pertengahan jalan kita nak bangkit tu, mereka jugak yang melepaskan tangan dan menjatuhkan kita lagi. Tapi percayalah, tangan Tuhan takkan pernah terlepas dari genggaman kita. Meskipun kita yang melepaskan genggaman, Dia tetap memegang dan mengangkat kita kembali. That's why kita harus sedar sahabat, keluarga atau apa saja makhluk yang bergelar manusia jarang setia - tapi Tuhan sentiasa setia. Perlakuan mereka memang menunjukkan mereka setia, tapi dalam hati, who knows kan? Bila kita alami semua ni, susah nak cari orang untuk kita mengadu. Mulanya memang orang mendengar tapi lama-lama mereka akan bosan, but not GOD. That's why I said HE is faithful.

Another thing is syukurilah setiap kejadian yang berlaku. Everything that happened in life is all by God's will. Suka atau duka, kita harus bersyukur dan harus ingat, kita takkan pernah lalui semua ini sendirian. Manusia mungkin meninggalkan kita but God will always be with us. Hentikan menyoal kenapa semuanya berlaku, tapi ucapkan syukur atas semuanya. Kadangkala rasa sedih di hati kita tu sama seperti kesedihan yang dialami olehNya apabila kita menyimpang dalam kebahagiaan. And believe me, when you repent and give thanks, everything will get better.

Seterusnya, belajarlah untuk bersabar. Dalam setiap yang kita lewati, pasti akan ada noktah maka kita haruslah bersabar. Apabila kecewa, sabarlah.. Bila guna kekuatan sendiri, memang kita takkan dapat; so we have to lean completely on God. Kita hanya manusia biasa yang takda superpower, that's why we have to lean on HIM yang punya kuasa. Trust me, when you lean on HIM, you will feel the difference.

Final one, dekatkan diri dengan Dia. Vee selalu terbaca "kadangkala Tuhan turunkan badai dalam hidup sebab rindu nak berbicara dengan kita". Bila kekecewaan berlaku, jangan layan sangat perasaan tu, tapi terus berdoa dan berseru kepadaNya. God never sleeps, He sees each tear that falls and hear us when we call. Mintalah kekuatan daripadaNya dan teruskan berdoa untuk perkara tu. Untuk kes putus cinta macam Vee, I would say jangan berharap untuk return back with him/her tapi berharap terus kepada Dia. Surrender everything to him. Like me, I just uphold everything to Him. Return ke tak, semuanya terserah pada Dia. Kadangkala kita harus berhenti seketika dan biar Dia bekerja! Gituuu :)

Vee type semua ni based on my own experience. Mungkin tak menepati selera anda, but this all what I feel. Sekadar perkongsian untuk kalian semua and soft reminder to not get into the happiness or sadnness too much. Don't dwell in it completely dan harus sedar akan ada pergolakkan dan juga kebahagiaan dalam hidup. Bila badai melanda pula, do as mentioned! :) That is all from me. Now tetiba guna "VEE" sebab rasa entry ni harus dibicarakan cara yang lebih lembut dari biasa. Bila guna aku, lain pulak tone nya kan? Hehe. Have a good night everyone! Thanks for reading this super long entry :)

6 comments:

  1. dalam hidup tok..tak selalunya indah sayang...dugaan sentiasa mencemburui kita...
    apa yang penting...anggap dugaan itu mematang kita....

    ReplyDelete
  2. moving on okay my dearest Vee...kak sally will always here to support you... saranghae! :)

    ReplyDelete
  3. hidup banyak liku, kena kuat, kena tabah.. mama pun pernah jatuh satu ketika dulu, tapi fikir positif je... biasalah vee, mula-mula memang kita tak kuat, tapi dalam kita tak sedar, kita membina kekuatan dari dalaman kita sendiri...

    ReplyDelete
  4. blogwalking dear...kuatkan semangat k dear...

    ReplyDelete