CLICK CLICK

January 29, 2013

Najwa Latif seperti Mak Nenek??

Penyanyi popular Youtube, Najwa Latif, mempunyai suara yang cantik dan digilai ramai. Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada segelintir di kalangan pengkritik yang mahu dia berubah bukan dari sudut suara tapi dari sudut penampilan fesyen sekaligus menyatakan Najwa Latif seperti buta fesyen dan ketinggalan zaman. 



Najwa Latif dianggap seperti Mak Nenek tua usia kerana fesyennya yang begitu 'old school'. Namun begitu, segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya diambil secara positif dan tidak berasa kecil hati dan kini dalam usaha mengupah perunding fesyen untuk mendapatkan fesyen yang selari dengan zaman sekarang.

Komen Najwa Latif;
  • Saya akui saya tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai untuk usia saya. Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini.
Najwa Latif turut mengatakan dia akan mengubahnya sikit-sikit selepas ini dan akan sentiasa merujuk internet dan majalah untuk penampilan yang lebih baik.

------------

Bicara hati tuan blog: Susah gak jadi orang famous, setiap aspek diberi perhatan. Ouhhhlalala..


'Pakaian ku dikatakan old school
Ku dikritik dengan hebat
Namun aku tetap rasa kosong kosong ouh ouhh'

Sumber: utaranews.com



8 comments:

  1. when you become a public figure...macam tu la... setiap sudut jadi pemerhatian orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Lebih baik jadi orang biasa macam sekarang, ehem. Hahahaha.. Banyak jugak celebrities yg kata menyesal jadi famous, nak jadi infamous lagi. LOL!

      Delete
  2. selagi dia menutup aurat itu sudah baik...takyah nk up to date sgt dgn fashion..fashion skrg ni dah sgt2 melampau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh, I agree about you psl fashion zaman sekarang. But kena tengok jugakk, kalau dah macam nenek tua maybe should change and jgn melampau. HEHE.

      Delete
  3. hahaha serius nk gelak gila tgk tajuk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan memang dah gelak ke?? Hahhaa.

      Delete
  4. biasalah tu mula2..
    mcm dato` ct dulu..prnah kena jugak cm tu..
    org kata beliau xpndai berfesyen rasanya..lebih kurang cmtu lah..
    tp skrg.. tgk dato` ct.. semakin berjaya... dan sekarang dah bertudung comel..huhu :)

    vee minat najwa latif ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA, baik jadi infamous. Orang kritik tapi takkan masuk blog cam ni.. Kan kan kan xD Vee tak minat Najwa Latif.. Suka lagu kosong dia je XD

      Delete