August 31, 2013

Selamat Hari Merdeka Sabah & Malaya! Love, Sarawak

Annyeonghaseyo :)
FREEDOM!!! Picture credit: freedomcounselingusa.com
To all Malayans and Sabahans, selamat hari merdeka!! :D 31st August 2013, genap 56 tahun Tanah Melayu @ Malaya merdeka, manakala genap 50 tahun Sabah merdeka.

Sarawak dah lama merdeka, 22 Julai yang lepas ;)

This is how it is; Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Sarawak pula 22 Julai 1963 dan Sabah pada 31 Ogos 1963. Seterusnya, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu dll untuk membentuk Malaysia. Malaysia tidak pernah dijajah sama sekali so no independence day for Malaysia. Yang ada hanyalah Hari Malaysia which falls on 16th of September.

Jika diselidiki balik sejarah, itulah hakikatnya. Sabah & Sarawak tak pernah masuk Malaysia tetapi bergabung dengan yang lain untuk membentuk Malaysia. Nama Malaysia telah pun dicadangkan sebelum bergabung kerana Dato' Onn Ja'afar tahu pada suatu masa ketika itu, British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Gituuu =)

Sempena kemerdekaan Sabah dan Malaya, I hope one day semua ini akan diperbetulkan. Last but not least, selamat hari merdeka kepada Sabah dan Malaya! Semoga kemerdekaan ini dikekalkan. Be blessed!

With lots of love,
Sarawak

August 30, 2013

Hanya DIA

4 am.  
Ketika semua orang hanyut dibuai mimpi, aku di sini.. Sedang belajar :)
Lihat title. Apa kes? Oh well, tak da kes besar pun. Cuma.. Kita kan manusia biasa.
Penat. Seharian aku cuba belajar tapi langsung tak dapat. Dalam hati hanya ada kesedihan.
Aku tertanya kenapa, aku persoalkan mengapa rasa begitu terbit di hati.
Akhirnya aku tewas, tewas dengan air mata ku sendiri. Tanpa mengetahui sebab, air mata deras mengalir.

Sepi, pilu; itu yang ku rasakan meski dikelilingi orang ramai.
Kosong; begitulah jiwaku. Apa yang tidak kena, apa yang buatku rasa begini?
Air mata deras mengalir dengan otak ku penuh persoalan. 

Duduk. Duduk seketika, pejamkan mata, serukan namaNya.
Hanya dengan itu hatiku tenang, dengan itu ku rasa lega.
Ku hanya ada DIA, hanya DIA.
Dunia tak akan dapat memahami, meski mereka kata mereka faham.
Namun tidak sepenuhnya.

Dia yang mencipta aku, Dia yang memberi nafas kepadaku.
Haruslahh, hanya DIA sahaja yang memahami.
Kerna hati ini dibentuk olehNya.

DIA. Aku hanya ada DIA. 
Dia tahu segalanya. Ketika wajahku tersenyum, DIA tahu hati ku menangis.
Dia mendengar setiap seruanku, Dia tahu setiap yang ku rasa dan fikir.
Hanya DIA. Aku tidak ada sesiapa, hanya DIA.

DIA yang pertama dan terakhir.
Dan yang akan dan selalu bertakhta di hati.
Hanya DIA. 

August 29, 2013

After A Hurricane, Comes A Rainbow. But...

Annyeonghaseyo.. Ni hao maa?? :D

It actually rained from 1 am to 7 am here in Kuching and that was one of the heaviest rain ever! Thunders, lightnings, with the trees swaying crazily, phewwww.. Creepy!! Today I went out as early as 6.30 am for study group, since our exam begins tomorrow, and at 6.45 am, I spotted a rainbow.

The rainbow was huge, and it was a perfect semi-circle! It's hard to see perfect rainbows, no? When I saw the rainbow, I suddenly thought of something. It reminded me of the saying "After a hurricane comes a rainbow". You see, it rained the entire night but in the morning, the rainbow popped out!

Means, after sadness comes happiness! I was assured, and I was only able to say "Thank you, Jesus" cos deep in me, I know I will be fine soon! But then, the rainbow disappeared less than a minute after that and something hit me. Yes, after a hurricane comes a rainbow, but rainbows doesn't last long; same goes to happiness.

In this world, there is no happiness that could last for a long time. Now you see the relation with the rainbow? YEAH. So, while the rainbow is there, treasure it but do not put ourselves in a comfort zone cos the rainbow will soon go far far away; and it'll come back when the time comes.

To add on, happiness won't last a long time cos we are in the world. Never-ending joy can only be found in heaven so aim the heaven. To the heaven we shall go!! =)

Picture above was captured in 2011, on our way to Betong, Sarawak for mission trip. Perfect one =) And today, it appeared right before my eyes again!! Looking forward for the happy dayssss!!! :D

August 28, 2013

Running Man VS Studies

Annyeonghaseyo :) Howdy? I'm here, still alive; thinking how to get on with life. Sighss. August is coming to its end, but I see no good in August. Last July, I wished for a better month ahead of me, but it continue to torture me up to today. Great life, indeed.

Exam starts this Friday, basically I only have a day left to study but hey.. Look at what I'm doing =)


Yes, I'm watching Running Man when exam is at the corner. Marahlah, marahlah diriku yang tak kisah pasal exam, sebab aku pun marah kat diri sendiri =) 

Dear brain.. Kenapa susah sangat nak focus kat study? Kenapa susah sangat nak tatap buku? Kenapa susah sangat nak singkirkan dia dari otak dan hati? Itu persoalaannya. 

Bukan aku tak cuba, tapi makin aku cuba makin aku sakit, makin aku merana. The more I try to forget you, the more I hurt myself. What the heck? At the end of the day, aku hidup dalam imaginasi sendiri. Living in the imagination that still belong to him, just to make myself happy.

Apa kena dengan otak aku sekarang? Gilos? Tak tau.

And RM is the only option, cos by this then I can smile, then I can laugh. Friends and family; none knows the exact feeling, and none can help. Kenapa impact dia besar sangat?!!!! 

Kejam, kejam! Sungguh kejam!! *Nangis bawah katil*

Footnote: Kalau exam tentang runningman memang grade aku cemerlang gemilang terbilang =)

August 25, 2013

HATI

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku memang kerap buat puisi.. Puisi kah nama benda ni? Haha. Tak tauu. Salah satu cara untuk aku lepaskan rasa dalam diri.. Puisi kali ini berkisar tentang hati dan bibir. Baca dan fahami. Dan comment :P Aku bukan orang mahir dalam bidang ni, tapi ini yang terhasil. Semoga pesanan itu sampai =)
***************
Picture credit: tlcnaples.org
Hati
Apa yang ada di hatimu?
Kebencian dan dendam
Atau kasih dan pengampunan?

Hati
Selidiki seluruh pelosok hatimu
Kerna apa yang ada di hatimu
Akan meniti di bibirmu

Andai hatimu ada kasih
Maka engkau akan berucap dengan kasih
Andai hatimu ada kebusukan
Maka  busuklah yang terucap dari bibirmu

Jagalah hatimu
Maka bibirmu terpelihara
Biarlah yang terucap itu membangun
Bukan meruntuhkan orang

Semaikan kasih Tuhan dalam hatimu
Singkirkan rasa benci yang sedia ada
Biar kasihNya mengalir di dalam mu
Dan hatimu akan penuh dengan kasih

~ Vee Lea 

August 24, 2013

Ampang, aku datang!!

Annyeonghaseyo!! :D

Tengok title tu, aku sebenarnya pergi Ampang. Dalam mimpi tadi. Kekekeke.. Dalam mimpi aku tu, aku dalam sebuah rumah. Besar and mewah, serba putih :D Cantik, memang rumah yang aku nak. Dari bilik aku jalan pergi ruang tamu. Kat ruang tamu, aku jenguk ke luar tingkap, aku tengok sebuah bandar raya yang terang dan baru sedar aku kat level tinggi. Pemandangan kat luar memang cantik. 
PICTURE CREDIT TO http://www.blacktomato.com/
Seperti gambar di atas. Aku suka situasi macam tu ;D Pastu aku angkat kepala sikit, aku tengok KLCC. Ohh, aku kat KL rupanyaaaa.. Then dalam mimpi tu jugak, aku cakap kat diri sendiri nak inform kawan-kawan kat Semenanjung yang aku sekarang kat Ampang. Pastu aku terbangun.. :(

Apa makna mimpi tu ehh?? Hahaha. Semuanya kena dengan apa yang aku nak. Actually kami sekeluarga nak pindah rumah, and aku cakap aku nak dalam rumah tu serba putih. Rumah dalam mimpi tu memang besar, serupa banglo tapi aku rasa kat level yang sangat tinggi. Suasana kat luar tu pula memang suasana yang aku suka. Terang dan sibuk. Breathtaking gituu :)

Yang paling last tu, aku kat Ampang. Aku buat apa kat Ampang?? Si DIA sekarang ni pun kat Ampang. Aku terbang ke Ampang pulak apa citer?? HAHA. Aku ingat lagi masa jerebu hari tu, dia ada send gambar dari rumah dia yang kat tingkat 11. Katanya jerebu teruk sampai tak boleh tengok KLCC. Dalam mimpi tu, aku jenguk keluar terus tengok KLCC. Apa makna yang tersirat ehh?? Yang aku tau, masa aku ingat aku kat Ampang, aku happy. Haha.. Ampang oh Ampangg ;D

Harapnya ada jawapan kepada segala persoalan tu. Hihihi. And I wish I could tell him about that dream :( Tapi kalau cakap pun, macam la dia kisahhh. Sobss. Apa pun, aku excited semacam -.- Hahaha. Nak tengok doraemon dahh, annyeong!!

August 23, 2013

Kenangan Terindah

Layan lagu Kenangan Terindah dengan air mata mengalir laju.. ;'( Most painful situation ever..
*******
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu ku temukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untuk ku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan terindah

T______T


HAPUS.

Percintaan kita mati di tengah jalan
Terhapus segala bait-bait cinta
Terhapus segala senyum dan tawa
Terhapus semua kebahagiaanku

Bila kau pergi, aku setia menanti
Namun penantian ku bagaikan sia-sia
Di saat kau ungkapkan "aku tidak dapat mencintaimu lagi"
Jadi aku kan pergi

Aku kan pergi membawa hati yang retak
Dengan harapan keretakan dapat dibaiki lagi
Aku penat menangis namun aku masih menangis
Kerna sayangku padamu masih utuh

Teman, katamu kita masih teman
Tapi sayangku padamu bukan sebagai teman
Jadi aku kan pergi
Meskipun hati ku sakit

Terima kasih, cinta buat segalanya
Terima kasih atas kebahagiaan sementara yang kau berikan
Andai kau jodohku, pasti kita kan bertemu lagi

Selamat tinggal.. 
~~ Peritnya, sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Bukan ku saja meninggalkan mu namun hidup harus ku teruskan tanpa mu. Perasaan yang sukar diungkapkan, biar air mata saja yang berbicara. Ya Tuhan, kurniakan kekuatanMu pada hambaMu ini.




August 21, 2013

Andai ku Pergi...

Andai ku pergi..
Berbahagialah kerna tamat sudah perjalanan ku di bumi ini
Berbahagialah kerana ku takkan lagi merasai keperitan hidup
Berbahagialah kerana aku jua bahagia di atas sana

Andai ku pergi..
Jangan kau tangisi pemergian ku
Kau iringilah pemergian ku dengan senyum dan tawa
Ingati saat-saat indah tika kita bersama
Dan pahatkannya di kotak memori mu

Andai ku pergi..
Usah kau sedih, usah kau menangis
Usah ditanya dan disoal pemergianku
Namun syukuri peluangmu untuk bersamaku
Sepanjang perjuanganku di bumi yang fana 

Andai ku pergi..
Tataplah gambar ku yang tersenyum di kala kau rindu
Di saat kau rindu, janganlah menangis
Tangismu tak akan dapat membawa ku ke dunia lagi
Namun kehadiranku kan kau rasai ketika kau senyum

Segala yang baik ada padaku, datangnya dari Tuhan
Yang tidak baik adalah dariku sendiri
Aku manusia biasa yang lemah, tanpa kekuatan dariNya
Salah silapku, mohon diampuni

Di saat ku pergi, berbahagialah..
Berbahagialah aku sudah lepas dan bebas dari cengkaman dunia
Aku sudah bahagia bersama dengan Sang Pencipta di atas
Dan kebahagiaanku adalah untuk selamanya

Berbahagialah, berbahagialah..
Kita pasti akan bersua satu hari nanti di atas sana

Vee Lea


INGATI SENYUM KU, KETIKA KAU MERINDUI :')












August 20, 2013

When Muslims and Christians Unite


Found this picture in Facebook. Awesome isn't it? Now this is the real meaning of ONE. Tersentuh hati tengok gambar ni. Hee! :') Living in a multiracial and multi-religious society needs multi respect and tolerance, right? Jomm, spread the love, kill all the hatreds!! :'D 

August 19, 2013

Demam. Yeeha!

Alohaa! Yeeha lah sangat. Pfts.. Friday ni exam mula, hari ni jugak aku kena demam. Yahhh.. Terima kasihh.

Nak study but end up kepala terlentok atas buku. Kalau online baru mata buka luas-luas!! HAHA. Ambik khhaauuu, kepala pun berpinar sebab pancaran cahaya dari laptop. Tehee!

And at times like this I miss him a lot. Before ni kannn selalu ada geng bila demam. Selalu ada yang suruh makan ubat, selalu yang bagitau guna cool fever lahh, ada yang remind untuk makan ubat lahhh.. Tapi this time forever alone sungguh. Haha.

Ingat lagi 8 bulan lepas, dia demam. On the first day of our relationship, dia demam; kena measles. And it was on 18 of December. Semalam sepatutnya genap 8 bulan but oh well, terhenti di tengah jalan. Sobss. And yessss, aku ingat lagi apa dia cakap. Dia cakap measles ni gatal, bila digaru jadi sakit. Tension jugakkk, then dia cakap kalau aku takda waktu tu mesti dia lonely, menahan sakit sendiri.

Yahhh, nampaknya aku yang merasa semua tu sekarang -.- Sedih. Ahak! Ahhh Vee oh Vee, hidup harus diteruskan!! Exam dah dekat wehhh!!!! 

Footnote: Ku hanya mampu sampaikan rindu dan cintaku padamu melalui doaku. Semoga esok lebih indah dari hari ini. Amin.

Smile, Pray, Love

Annyeongg :) Ada apa dengan aku? Forget all the heartbreaks, now focus kat kesihatan diri.

Two days ago dapat sharp pain kat perut sebelah kanan. Mula-mula memang suspect appendicitis, tengok symptoms yang lain pun ada.. Tapi tahan. Then symptoms yang ada pun mungkin sebab kekurangan air, cos sakitnya dekat dengan area buah pinggang. Nasihat diterima is minum air banyaksss. 

Bangun pagi tadi dengan senyuman sebab tak sakit lagi tapi kepala berdenyut :'D Sneeze dari pagi sampai sekarang tak henti-henti. Tekak mula rasa perit. Yahh, demam nak melanda sudah :'D Sekarang pun temperature dah naik, mata berair, kepala pusingss.

Dalam class tadi kena attack 3 kesakitan. Daebak.. Tetiba rasa sakit mencucuk kat tulang rusuk bahagian atas sebelah kiri. Awalnya tengah gelak sakan dengan kekawan. Ketawa "hahaha" jadi "haha ahhhhhh!!". Lama kottt aku tahan sakit tu, tak boleh duduk menegak. Lepas tu aku sneeze, dan menerima satu kesakitan di kepala sebelah kanan. Lepas sakit kat tulang rusuk okay, perut sakit balik. Oh, terima kasih :')

Sampai sekarang, kepala dan perut masih sakit; tulang rusuk je yang okay. Bila dia nak jenguk, dia jenguk. Pastu menyorok lagi. Sakit hati mula sembuh, sakit physical pulak datang. Huwahaha. Selamat datang, sila jamu selera.. :'D 

Andai berlarutan, hospital bakal ku jejaki lagi. Harap semuanya normal :'D Tapi andai ku "pergi", best juaa. HAHA. Syurga kan indah :'D Kebahagiaan di atas sana bukan yang sementara, tetapi berkekalan. No more tears and sorrows. Oh indahnyaa :'D Apa pun, doakan diri ini baik-baik sahaja.. Belum mau pergi. Belum berbakti untuk parents lagi nihhh. Heee :'D Have a great day!!

SMILE, PRAY AND LOVE - NO MATTER WHAT HAPPEN =)

August 16, 2013

PERSOALANNYA...

Persoalannya di sini..

  • Berbaloikah aku mencintai dan merindui dia, padahal aku tak pasti adakah dia sama merindui dan mencintai aku..
  • Haruskah aku terus berharap dia akan kembali kepada ku?
  • Haruskah aku terus mencintai dan merinduinya?
  • Wajarkah aku menangis kerana merinduinya?
Persoalan yang menghantui diri. Katanya still friends, tapi bila aku text, takda respon. Akhirnya, aku sendiri yang sedih dan kecewa. Aku merinduinya, aku mencintainya, aku menangis kerananya. Tapi dia? Bahagia tanpa ku di sisi, bahagia meninggalkan aku. Entah betul atau tidak, hanya dia yang tau. Yang aku tau, aku seksa diperlakukan begini, seksa dan meratapi perpisahan yang langsung tak ku ingini.

Adakah aku harus terus melupakan dia? Aku merindui dia. Dan merindui diri sendiri. I seemed to lost myself to this situation. Aku bukan lagi gadis ceria, happy go lucky dan bubbly. Banyak termenung, banyak berdiam diri. Anehnya, orang yang tidak ku kenali pun dapat melihat kesedihan yang terpancar melalui mata. 

Apa yang harus ku lakukan? Lupakan dia? Hati teringin melupakan dia tetapi harapan untuk diterima kembali itu mengatasi keinginan untuk melupakan dia. Dangg, hate this so much.

August 12, 2013

Mengubat Hati. Wakaka.

Annyeonghaseyo :D

To those yang ikut update aku kat sini memang tau kannnn apa dah jadi dengan aku dalam 2 3 minggu ni. Oh well, putus cinta. Kuang kuang kuang.. Kalau tengok entry yang lepas, memang semua tertumpu kepada luahan perasaan. Mana lagi aku nak pergi kann.. Blog je la yang jadi sahabat setia. Hikss!

Malam ni aku ubat sendiri hati ni. Wakaka. Malam ni baru rasa alive sikit. Nak tau macam mana? Aku belajar lagu Korea. Hahaha. Before ni aku ubat hati dengan Running Man, sebab tu lahh aku terjumpa lagu Kim Joong Kook yang pretty catchy. Thanks to RM. Haha.

I WANT THIS SMILE OF MINE AGAIN!! 
Hari ni aku belajar dua lagu, Lovable dan Today More Than Yesterday, tapi bahagian chorus je laa. Hahaha. Aku main hentam je belajar ni, cari lyrics pastu ikut sama menyanyi. SUCCESS you know!! Bak kata cerita P.Ramlee, Baguss tuan director, baguss!! Haha.. Lepas tu kan, baru aku check maksud dua buah lagu ni. Aku aku terkejutsss!! Nak tau kenapa?!! Sebab maksud lagu ni..

Lovable; You're lovable from head to toe. I'm so proud to have you as my girl. Waiting is fun now and even the air is sweet. I love you.

Today More than Yesterday; I love you more than I did yesterday. I have never met someone so important and precious to me that it hurts. To meet you, to feel this happiness I must deal with a lot of pain. 


Nampak tak nampak tak nampak takkkk kaitan lagu ni dengan situasi aku sekarang?? Wakakakaka.. Apakah ini semuaa!! T__T Im so proud to have you as my girl.. Itu tukar to boy daa. To meet you, to feel this happiness I must deal with a lot of pain. Yea, never met someone so precious and important that it hurts cos Ive to edal with pain to meet you and feel this happiness. Waduuhhhh.. Hahaaa. 

Buat masa ni, kegembiraan sedikit sebanyak telah bertapak dalam hati. Memang ada joy tapi belum cukup untuk mengembalikan diriku yang ceria dannnnn, tidak cukup untuk membuat ku tersenyum seperti gambar di atas. Yang ada kini hanyalah senyum kambing!! Huahuahauahahaha.

By the way, jangan lupa keluar rumah pukul 11 malam ni okayy. Tengok meteor sama-sama!! :) Terima kasih sudi membaca! Annyeong :)

August 11, 2013

Perpisahan..

I hate the fact that we broke up, cos I still love you. And I love you very much. Deep in my heart, aku memang sayang kau. Sayang sangat-sangat. Perpisahan ini tidak ku duga, dan tidak ku ingini. But what can I do.

Yes, I hate it that we broke up tapi aku suka cara kita break. Perpisahan kita bukan atas dasar pergaduhan atau pertelingkahan, tapi atas sebab tertentu. Dalam perpisahan ini, we apologized to each other for all the wrong deeds. At the same time, kita memohon keampunan dari Yang Maha Esa atas dosa-dosa yang telah kita lakukan bersama. 

Antara kita tiada lagi hubungan, tiada juga dendam. Semua salah laku telah diampuni masing-masing, dengan harapan hubungan yang akan datang bersih. Dosa dan dendam ibarat bakteria, dapat merebak ke merata tempat. Seringkali kita mendengar orang yang curang dicurangi pasangan yang baru kan? Semuanya sebab dosa lama yang belum diputuskan.

Aku bersyukur aku dapat settle semua ni dengan baik sebab aku tak nak bawa dosa lama ke hubungan yang akan datang. Semua ni sakit, amat sakit. Aku menaip ni pun dengan linangan air mata. Aku tak ingin banyak, aku hanya nak kekuatan untuk teruskan hidup. Tak tau macam mana nak move on, but I have to kan.. Harapnya minggu ni last aku menangis setiap hari.

And to you, I tak menyesal kenal you. I tak menyesal sayangkan you. I tak menyesal bercinta dengan you. In fact I love you more and more each day, sampai hari ni. Aku masih sayang, but what can I do. Aku tak inginkan perpisahan ni, but what can I do. Dear you, all the best in life and thanks for the great 7 months. Thanks for being there on my special occasions; my Christmas, my new year, my birthday. Jujurnya, I still want you to be there, but what can I do kan. I can't do anything. 

Ya Tuhan, give me a strong heart, place your joy and peace in my heart. AMEN.

August 08, 2013

Jgn baca. Ini entry jiwang.

Annyeong.

Life is so hard nowadays!! I cant take this any longer :'( I'm broken inside, completely broken! When is this going to end?? You're fine and happy at the other side, but I'm here left with a broken heart. Dear God, when is this going to end seriously?

I want nothing else, but my life back. I want the normal me who doesnt cry every night, the one who can laugh, the one who can dance freely. Look at me now. Eye bag, teary eyes every now and then. Seriously, I don't wanna feel this anymore!!

It's so painful!! Look! Dia bahagia kat sana, tapi aku?? Why am I dumped? What did I even do to deserve this?? Ya Tuhan, if he is not the one and he's just not the one that I should love.. Take this feeling away. Take this love away from me!! This whole thing is hurting me so much!

Bak kata lagu Judika, aku pun ingin bahagia walau tak bersama diaa!!! This is just not fair!! Dia bahagia kat sana, aku kat sini menangis siang malam! Why am I feeling thiss?? Yea, I know setiap orang pasti merasa semua ni but I'm sure semua orang pun benci rasa macam ni kann??

I dont' wanna cry anymore :'( Everything here reminds me of him. He's not even mine anymore but why aku care sangat pasal dia??

You know how much I wanna text you today? I wanna remind you, no coke, no lamb, no cheese, no mushrooms sebab badan awak "reject" semua ni. And be careful wherever you are sebab sekarang too many shooting cases. And bla bla bla I hate this so much!! 

I remind myself that you're not mine anymore but the more I tell myself, the more I love you :'( You know how much I miss you? You know how much I wanna hear your voice, look at your face? Of course you don't, you don't even care. And yes, why do I even love you who doesn't care bout me at all? 

I don't know either. I wish I could get the answer too!!! Gah. Seriously!! I've nowhere to go, nobody to talk to! Friends. Ya, friends. I know they're tired of this whole thing too. Some even question me, why are you so depress, he's just a boyfriend not a husband. Yea, I wish I could get the answer too! :'(

Nothing and no one can help me. I can't even help myself. I wish I could erase you out from my heart and mind easily. Why why why. This is so depressing!!!!!

*Nyorok bawah katil, nangis sekuat hati* And I really wish my tears could bring out the memories, I wish they could drag out this love I have for you. Ya Tuhan. If I shouldn't love him, take this feeling away. Take it away. Take it. 

Huuwaaaa!!! Aku pun ingin bahagia walau tak bersama diaaaaaaaaa!! T___T T____T 

August 06, 2013

Finding My Faith

Annyeonghaseyo =)

05/08/13 - 1 am, it was quiet. All alone in the room, sitting on the sofa like a boss with instrumental Christmas songs lingering in the air, accompanied by a book. It's been a while since aku rasa tenang, setenang-tenangnya. Seriously :')

After 2 crazy and stressful weeks, I finally get my rest. I decided to throw away all the discomfort in myself. I decided to let go off everything, biar Tuhan yang tentukan. Aku sendiri pun penat fikirkan semua ni. Huhuhu.

And now I'm doing what I did yesterday. Makan dah, mandi pun dah. But this time lagu Today More Than Yesterday by Kim Joong Kook yang menemani diri ini. I don't get what the song says tapi aku rasa tenang dengar lagu ni. Huahahaha..

Semua dah settle, mari menghadap buku! :)


Continuing from the page where I stopped. So far, the book taught me to have faith and believe in God. Whatever He does is always perfect, right on time and good for us. No hurry, no worry, just rely and trust in Him. 

Have a great day. Selamat berbuka! :) Kepada yang pulang ke kampung halaman, have a safe trip!


August 05, 2013

Dunia VS Akhirat

Annyeonghaseyo..

Everyone, everywhere, anyone, anywhere, semuanya mengatakan kita sekarang hidup di akhir zaman. Akhir zaman ni maksudnya kita di ambang "hari terakhir". Kiamat la maksudnya, cuma bunyi agak kasar so guna hari terakhir je. Haha.

Right, back to the real topic. Orang cakap semua di dunia ini hanya sementara dan tiada yang kekal. All this while it seems normal to me tapi semalam baru aku dapat korekkkk dalam lagi maksud tersirat ayat tu. 

Dunia memang tidak kekal kan? So mengapa harus mengejar semua yang tidak kekal? Money, love, fame, dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang aku pun terfikir, kalau dunia akan berakhir kejap lagi, apalah guna aku kejar semua ni?


Studies, belajar tinggi-tinggi sampai level PHD, bukan dapat dibawa ke akhirat kan? Love. What's the point chasing it? Bila dah putus meraung nangis macam orang giler, but dapat menjamin kehidupan di akhirat kah? Fame. Famous, everyone knows your name. They know you, but can it drag you to heaven?

I'm saying this tak bermaksud kita tak boleh kejar semua ini. Dapat memang dapat.. Tapi akhirat jangan dilupa jua. Study lah tinggi-tinggi, tapi ilmu agama harus lebih tinggi. Cintailah seseorang itu banyak-banyak, tetapi cintailah Tuhanmu dengan segenap hati. Tidak perlu popularity, kerna dirimu memang dikenal Tuhan, penciptamu sendiri.

Di dunia tiada yang kekal, termasuklah kebahagiaan. Jadi apa pilihan mu? Kebahagiaan yang sementara di dunia atau kebahagiaan tanpa sempadan di syurga? 

Aku taip semua ni bukan untuk menunjuk kepandaian diri dalam hal seperti ini, tapi sekadar peringatan. Bukan hanya mengingati diri, tapi mengingati yang lain juga. But top of it, khas untuk diri sendiri. Mula selidiki hati kita masing-masing. Apa yang kita utamakan, dunia atau akhirat? Nak atau tak nak, dunia pasti hilang satu hari nanti kan.. Imagine. Imagine. Look at yourself, where do you think you're going? 

Senyum, dan perbaiki yang salah, tambah yang kurang.

Selamat malam =)

August 04, 2013

Aidilfitri, Ohh Aidilfitri.

Annyeonghaseyo. 

Ingat lagi tak aku cakap nak celebrate Aidilfitri dulu? Bukan just celebrate gitu tapi join in sekali preparations semua tuu. Ingat? Tak? Tak apa, tak penting. Hahaha. 

Sampai hari ni belum ada yang nak jadikan aku anak angkat, sobs sobs. Haha. So Aidilfitri tahun ni jadi seperti tahun yang sebelumnya lah. Visiting. That's it. First day pergi rumah Kak Mas. Kak Mas is my cousin, convert to Muslim few years ago. Last jumpa dulu masa balik kampung bulan March yang lepas bila grandma meninggal. So masa Aidilfitri ni lah jumpa lagi :D

Uncle Hafiz I don't know. Biasanya dorang balik ke Bintulu. Uncle Hafiz pulak adik daddy. Converted to Muslim long time ago, anak yang paling tua pun dah masuk college. Heheh. 

Best kan keluarga saya, 1 Malaysia gitu :P Then 3rd day mungkin pergi rumah classmates. Mungkin saja. Kalau tak suruh dorang bawak kuih banyak-banyak masa berjumpa nanti. HAHA.

Begitu je kot Aidilfitri tahun ni. Huahuahua. Next year nak jadi anak angkat Uncle Hafiz lahh!! Hahaha.



Dua-dua anak Kak Mas. First one anak pertama, Muqri and 2nd one is Muiz. Teehee! 

Aidilfitri ohh Aidilfitri :')

Sepatutnya join in celebration kat Perak, tapi tak jadiiii.. Oh tidak mengapa :') Lonely kot masa Aidilfitri nanti. Harapnya aku tak menangis :')


Menjadi Kuat, Belajar dari Kupu-kupu

Annyeonghaseyo!


Suatu hari, ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memperhatikan kepompong. Ternyata di dalamnya, ada seekor kupu-kupu yang sedang berusaha mengeluarkan diri dari kepompong tersebut. Kerana dilihatnya begitu susah kupu-kupu itu mengeluarkan diri, kanak-kanak tersebut merasa kasihan lalu memikirkan cara untuk menolong kupu-kupu tersebut.

Akhirnya, kanak-kanak itu menemukan satu idea dan segera mengambil gunting supaya kupu-kupu itu senang keluar dari kepompong tersebut. Akhirnya, kepompong itu pun dipotongnya. Alangkah gembira dan leganya anak kecil itu. Walau bagaimanapun, kupu-kupu hanya mampu merayap, dan tidak dapat terbang. 

Apakah sebabnya?

Sebenarnya, di saat kupu-kupu berusaha untuk keluar dari kepompong tersebut, ada satu cairan yang mengalir kuat di dalam tubuhnya yang membuatkan sayapnya mampu mengembang sehingga ia dapat terbang. Tetapi kerana perjuangan tersebut telah tamat, maka sayapnya tidak dapat mengembang dan hanya mampu merayap.

Pengajaran;
Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka. Kadangkala ibu bapa sering membantu anak mereka kerana tidak sanggup melihat anak mereka bersusah payah melakukan sesuatu.

Akibatnya, anak tersebut tidak mampu berdikari dan menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan sesuatu hal. Hal ini adalah kerana mereka tiada peluang untuk memerah otak disebabkan bantuan ibu dan bapa. 

Begitulah juga di saat kita harus berjuang menempuh sesuatu yang susah. Jangan terburu-buru meminta bantuan dari orang lain tetapi berjuanglah dan kerahkan tenaga kita untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana itulah yang akan membuat kita kuat. 

Hidup penuh dengan perjuangan yang harus kita tempuh dan kita harus bekerja keras mengatasi masalah tersebut supaya "sayap" kita dapat mengembang dengan sempurna untuk kita terbang melewati masalah kita.

Bersama Tuhan, tiada yang mustahil dan tiada yang tak mungkin. Bersama Tuhan, kita akan dapat melakukan perkara yang besar dan susah. With God, all things are possible :)
Life is so messed up at the moment, but I gotta be strong like the butterfly. Fight, and one day I'll definitely fly up high. I wish HE would read this :') What a coincidence, my name means "butterfly" in Greek. Woots! Bersama Tuhan, tiada yang mustahil! Have a blessed weekend! Kepada yang membaca ini, semoga diberkati Tuhan. Amen! ;)
Sumber: http://remajadalamterang.blogspot.com/ 

August 03, 2013

Lonely. Heartbroken. Depressed.

Annyeonghaseyo.

My life is completely miserable at the moment. 31st of July, the day he decided to let me go. That was one of the saddest day in my life. I've no idea if I should move on or not cos deep in my heart, aku masih sayangkan dia. Seriously life aku memang berterabur je sekarang.

Every minute aku tengok Running Man sebab kalau tak aku memang tak boleh fikir benda lain. Dah genap 2 minggu benda ni terjadi. 1st week memang no texts and calls, kalau ada pun mesti bertelagah. He wants a time alone so no texting at all. Then another week relationship dah terlerai. Ya ampun. 2 minggu jugak lah hidup aku tunggang langgang.

2 minggu aku nangis every night, 2 minggu aku tengok running man day and night, 2 minggu aku skip meals, 2 minggu aku migraine, 2 minggu aku tak study, 2 minggu aku jiwangss, 2 minggu aku tak buat house chores sebab aku tengok running man, 2 minggu muka aku down, 2 minggu aku tidur awal sebab nak kurangkan pengeluaran air mata, 2 minggu aku whatever. Just 2 freaking weeks. 

What am I supposed to do, where am I supposed to go?? 

Ramai kawan-kawan yang cakap dont worry cos he'll definitely miss me. Dia cakap we still can be friends, means dia tak putuskan sangat hubungan ni and masih ada peluang untuk bersama. Aku tak nak mengharap sangat tapi dalam hati aku betul-betul berharap macam tu. Sebab apa? Sebab aku sayang dia T_T Aku tak nak mengharap tapi hati degil, what can I do?? And kalau tak jadi macam mana?!! Huwaaaaa!!!!

Macam mana nak bagitau ehh?? Dia tu macam life aku tau tak -.- 2 minggu dah phone aku silent sebab aku suka 'surprise' bila aku check ada message. Then today aku tukar to normal mode, ada tone bila message sampai. Korang tau takkk aku nangis bila dengar bunyi tu sebab selama ni kalau phone keluarkan bunyi tu, makna dia yang message! T_T Ya ampun, perkara kecik gitu pun boleh buat aku nangis, u know how much I miss him?!!

What did I even do to deserve this T_T Life aku tunggang langgang, that's all I can say!! Seriously. Studies semua terabai sudah. Kononnya nak lupakan dia by studying but the more I study the more muka dia masuk to my head. Senyum dia, tawa dia. Hish. Why why why am I feeling this T_T 

Neighbour pulak macam tau je aku dah putus cinta, main pulak lagu Sayang kuat-kuat sampai 1 perumahan dapat dengar. Benshhiii!! I hate this situation. I just want my life back! :'(