June 29, 2013

Paging for HELP

Konichiwa.

Can someone help me, tell me how do I solve this matter.. Lol. I've been doing this all day, checking out all the html stuffs, edit sana sini since few months ago. Spacing problem but I've no idea how to handle it. Lagi-lagi sekarang dah guna interface baru. Ishk. Tolong yee. Nak adjust benda tu. Huhu.

Pertolongan kalian didahului dengan terima kasihh :))

June 28, 2013

Kalau tiada jangan tanyaa ..

Piacere!! :) [Piacere means hello in Italian and it is pronounced as pia-sey-rey]

Masa dinner tadi teringat conversation abang and waitress masa family dinner kat Hornbil Steamboat hari tu. Waitress muda lagi, kecik je badan. Dalam 10 or 11 tahun gitu lah wajah dia. Pakai spec, kuruihh je. Nerdy look la. Haha. Anak owner HS tu haa..

Waitress = A, Abang = J
A: Mau minum apa?
J: Aaa.. Air mineral. Saya mau botol punya haa.
A: Oo. Air mineral botol besar ke kecik?
J: Umm. Botol besar saja laa.
A: Botol besar tak ada, botol kecik saja ada.
J: Ohh. Kalau tiada jangan tanya. *giggles* botol kecik saja laa.
A: *berlalu dengan senyuman malu + pipi pink
Lmaoo. Betul juga apa abang aku cakap kann?? Kalau takda air mineral botol besar, botol apa lagi yang ada?? Kihkihkih. Itu saja untuk malam nii. Nak sambung project accounting. O.o Susah beno jadi accountant. Haiz. 


Riverdeti!! :D [Riverdeti = see you again in Italian. Pronounced as ri-veyr-dey-ti]

Sarawak Blackout - 26/06/13

Konichiwa.

Ini bukan post pasal perhimpunan #blackout ye. Haha. Perasan tak semalam tak ada entry and comments dari budak Borneo ni?? Semalam seluruh Sarawak blackout. Soo, yang guna wifi macam budak Borneo ni memang tak dapat online lahhh. Heweee.

Menurut Borneo Post online, bekalan elektrik di negeri ini putus around 5:40 p.m.. Punca kes ni dikatakan sebab overload kat Kemena-Bintulu sub-station. Kesannya pula traffic jam yang super teruk. Bayangkan semua traffic lights kat negeri ni tak berfungsi. Fuyooooo..! And satu lagi aku terbaca kat BP, 3 buah rumah kat Miri terbakar gara-gara lilin yang digunakan masa blackout semalam. Waduh waduhhh.

And by night, hampir seluruh Sarawak dapat elektrik balik kecuali Sibu yang masih gelap gelita. Sekarang tak tau masih blackout or tak, tapi harap-harap dah okay. Kesian dorang, dah la cuaca panas. 

Tempat aku sendiri pula around 12:30 a.m. tadi baru dapat electric balik. Aku tido without fan and with a mini candle, then cun buka mata cun jugak electric datang. Ambik koo, sakit mata. Super silau jadinya. Hihii. Kalau nak tau berita lebih lanjut boleh click SINI yee. Aku nak ajak korang tengok gambar Kuching dalam gelap now :D

Candle light dinner jadinya. Heheee.

June 25, 2013

Tenang Jiwa dan Raga x)

Annyeonghaseyoo..

Tadi aku singgah kat satu blog ni, pastu terkeluar lagu "My Memory" but piano version. Sweet je aku dengar. Tenang jiwa dan raga. Lepas tu lagu tu stop. Baru nak click x button, tetiba muncul satu lagi lagu; Endless Love. Piano version jugak.

Serious aku rasa tenang sangat. Kenapa macam tu eh? Haha.. Nak kata otak aku berserabut sekarang ni tak jugak. Dahlah aku guna earphone, memang clean and clear je bunyi piano tu :) Sekarang aku masih lagi dalam blog ni, listening to Maybe-Yiruma, piano version of course..

Nak tau blog siapa? There you go.


Kalau nak dengar apa yang aku dengar, boleh click gambar header beliau kat atas :D Thanks, Samprit Ungu, for the songs. Hahaa. Jangan hairan kalau traffic meningkat lepas ni, aku memang tak suka download barang. Haha. Faham-faham je la :P
Noble Whisper: Betul lah kata orang, alunan music yang lemah lembut dari piano memang menenangkan jiwa :)

June 24, 2013

Suci & Murni. Hahaha.

Konichiwa! 

Realized anything bout my blog? :P Semuanya white, suci dan murni gitu. HAHA.

Motif? Aku memang dari dulu lagi tak suka sangat dengan wajah blog, rasa macam semak je berwarna-warni. Taklah warna warni sangat tapi pink gitu rasa macam oh so girlish. So I decided to change. Memula tak tau nak tukar warna apa then tengok white tu macam cun I decided to stick to white.

Seronok jugak warna putih, tenang hati bila tengok. White as snow. Begitulah hati kita sepatutnya :)


Komen sikit boleh? Haha.

June 23, 2013

Red Moon || Stuart Photography



Olaa :D 


Selalu tengok Bro Stuart ambil gambar full moon and milky way. Usually moon warna putih putih melati, tapi kali merah merah delima sebab jerebu. Tak merah sangat tapi merah la jugak. More to orange. Bulan panas kot? Haha.. Apa pun, gambar ni memang cantik!

Picture credit to Stuart Ottography. A friend of mine who's a professional photographer and has been an official photographer for quite a number of events including Yuna Homecoming Concert. Wedding and other events memang berlambak lahh. 

CHRISTIAN WEDDING

Hot and Spicy; Mandi Ais

Konichiwa!! Mandi ais lagi. Tahaha!


Dalam sehari ni dah 3 kali aku mandi. And the third time aku guna iceeee!! Jap lagi mandi lagi, KOT. Hehehee!

Lumrah hidup di dunia; sesetengah negara kini mengalami hujan lebat sampai banjir yang teruk dan beribu nyawa terkorban. Di negara-negara yang lain pula mengalami hujan salji dan ribut kuat hinggakan anak kecil seusia 6 tahun terbang melayang di bawa angin. * tengok dengan mata sendiri kat berita okay, bukan hyperbola. Haha*. Dan semestinya mereka mengharapkan matahari menjenguk keluar. Kita di sini pula mengharapkan hujan kerana cuaca yang panas + jerebu. Sekolah ditutup, ramai yang jatuh sakit.

In other words, setiap perkara ada impact yang berlainan. Yang pasti, ada baik dan buruknya. Conclusion is, bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana orang lain tidak dapat merasainya. Lain orang lain nikmat diberi Tuhan :)

Adioss!

Haze in The Cat City

Ding dong. Vanakkam :)


Can you see the haze, can you see the haze?? Haze as the background of DUN. Yeah.. Kuching pun kena haze tapi still tahap yang okay. Wootsie! Okay tapi still bahaya, banyak yang sakit sekarang; including me. Tehee. 

Love this picture, tho. DUN sememangnya bangunan yang cantik, especially at nights! Ditambah lagi dengan lampu-lampu di sekitarnya, and the shiny red lights at Waterfront. Breathtaking! #kuchingdihatiku

Semoga keadaan di Malaysia kembali pulih dalam masa terdekat. #prayformalaysia

Picture credit to Nuar Zakaria :)

Segmen Review Ke-3 by akupenghibur.com

Annyeonghaseyo. Awal pagi join segment :)

Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com

Click banner untuk join ye. Tamat pada 23/06/13, tepat jam 12 malam.
Have a good Sunday! :D Hari ni duk rumah je sebab pergerakan limit. Thanks to the muscle pains. Hee.

June 21, 2013

Ini semua salah LONGKANG!!! Ish!

Konichiwa.

Hari ini aku berjaya mencatat sejarah. 21 Jun 2013, aku terjatuh dalam longkang. Haha. Silakan gelak :P Salah sendiri sebab duk cakap ngan kawan yang nun jauh di sana waktu nak cross longkang. Cross lah sangat, bukan besar mana pun. Hihik. And as the result, aku dapat satu lebam kat kaki sebab bergesel ngan simen.

Hee. Ilustrasinya begini. Aku jalan pastu kaki kanan masuk dalam longkang sambil kaki kiri melangkah ke hadapan. So I was dragged forward by my own left leg, sebab tu kaki aku bergesel dengan simen. 


Nampak tak color merah merah delima tu? Hihi. Orang cakap laughter is the best medicine so tadi aku tahan sakit sambil gelak. Aku teringatkan diri jatuh sebab kaki termasuk dalam longkang, terus gelak. Hahah. Serious, tak terasa pun sakitnya :D Betul lah cakap orang, laughter is the best medicine. Hahaha.

June 20, 2013

Positive.

Annyeonghaseyo.


Wink wink ;)

Positive thinking will let you do everything better than negative thinking will. Few things in the world are more powerful than a positive push. A smile, a world of optimism and hope, a "you can do it" when things are tough. 

And last but not least;

No matter what you're going through there's a light at the end of the tunnel. It may seem hard to get to it but if you can do it and just keep walking towards it, you'll find the positive side of things.
Conclusion is kurangkan stress and be positive! :D Gambar pregnancy kit itu pula gambar hiasan semata-mata. Saya good girl.. Haha. Have a good day! Veros!

June 19, 2013

Berita Kebakaran di Sibu, Sarawak

Sibu: Lebih 500 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 100 buah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Datu pada petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, asap tebal kebakaran tersebut dapat dilihat dari jarak 10 kilometer hingga menyelubungi bandar Sibu. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong dan api merebak dengan pantas berikutan cuaca yang amat panas selain rata-rata rumah di situ rumah kayu.

Bagaimanapun, setakat pukul 6 petang tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Wordless Wednesday #11 : Lumrah jadi MANUSIA

Or to be exact; Lumrah jadi manusia yang hidup dengan berjuta manusia.

How KUCHING Got Its Name

Annyeonhaseyo. Welcome to Kuching. I'm your tourist guide today and I will take you around Kuching. I will take you to certain places so you can see and experience the culture of Sarawak people, and also the certain historical places here. No worries, I'll definitely take you to the shops that provides cheap prices for souvenirs, kek lapis, lada Sarawak and Terubok Masin ;)

However, before we begin the journey and since you're in Kuching, The Place Like No Other; I'll tell you a little bit about Kuching. Have you ever wonder how Kuching got its name? Come and close your eyes, we'll go back to the past.. Krik krik.. Jangan tutup mata lah, baca ni. HAHAHA. -poyo-

In the olden days, the Malays living in along the Sarawak river had cats and the cats were called Pusa'. Usually we just spell it PUSAK. Kihkih. The Bidayuh in the hinterland of Sarawak kept cats as well and called them Busing while the Ibans called them Mayau. 

Fakta Dayak: Air "TUAK"

Holaa.

Air tuak adalah sejenis minuman yang wajib ada menjelang Pesta Menuai aka Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Ketiadaan air ini pasti akan menghancur leburkan mood Gawai pada waktu itu. You see, when I use "menghancur leburkan" means air tuak sesuatu yang super penting. Tak ada makanan pun, kalau tuak ada; jadilah. Haha.

Air tuak sebenarnya mempunyai persamaan dengan Air Tapai di Sabah, perbezaannya hanyalah cara pembuatan air tersebut mengikut sesuatu tempat. Air tuak sering digelar "aik pengayu" yang bermaksud air yang memanjangkan usia. o.O Orang cakap kalau nak panjang usia, mesti minum air ni. Kalau tak, sambung sendiri.. Haha.

Pic by: thirstyblogger.com

June 18, 2013

PLEASE FOLLOW ME BACK!!

Annyeong!

Almost everyday aku terima message that says "Hi. Saya dah follow awak. Please follow me back". 

Frankly speaking, I'm not THAT comfortable with these kinds of messages. And to be frank once again, I actually deleted these kind of messages everyday. HAHA. Bukan berniat nak buat sesiapa terasa but I find it childish and annoying. I'm sorry I sounds harsh.

I don't mind messages that says "Follow awak sini. Mind to follow me back?" or maybe "kalau sudi follow balik!". I mean it sounds polite and pleasant. When you mention PLEASE follow me back, it sounds like you're BEGGING me to follow you. Apa yang dikejarkan? Bilangan followers, traffic? I know we were thought to say please when you ask for something cos it sounds polite, but it's the other way round in this case -.-

June 16, 2013

Update: Tragedi Bot Karam di Belaga #7 [Mayat Dijumpai]

Belaga: Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan Rumah Panjai Lat, di Punan Sama, pada hari ini.

Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan di mana bot ekspres Kawan Mas itu terbalik dan karam pada 28 Mei lepas. 

GAMBAR HIASAN
Ketua Polis Belaga, DSP Bakar Sebau berkata, mangsa lemas itu memakai seluar jeans dan tali pinggang kulit. Tambah beliau, penumpang bot ekspres yang melalui kawasan itu melihat mayat mangsa pada jam 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk rumah panjang di situ.

Bakar berkata, penduduk rumah panjang tersebut kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA, dan Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi harian di kawasan itu..
Footnote: Condolences to the family. Semoga tabah menerima berita ini. Sobs..
Sumber: http://www.kosmo.com.my/

DADDY, MY HERO

Annyeonhaseyo =)

As we all know, today the whole world celebrates Father's Day. We had a celebration in church today, with the hall decorated with balloons and some performances. This year's Father's Day was quite extra - emotional for me. When I was holding his gift, something knocked my head. This could be my last year celebrating Father's Day with him, face to face, hugs and kisses cos by next year, I might be in somewhere else around Malaysia AND not with him.

Daddy selalu cakap dia tak minta banyak, cuma nak kami anak-anaknya berjaya in studies. Paling rendah level yang daddy request is Degree. Seddiihh bila terfikir akan berjauhan dengan daddy tapi daddy jugalah pembakar semangat untuk teruskan perjuangan dalam pendidikan. Yes, daddy. I will be there as you requested. Berjauhan for good, kata orang :')

Update: Tragedi Bot Karam di Belaga #6

Finally berita yang aku tunggu setiap hari keluar juga. Huhu. So far belum ada berita orang yang hilang diselamatkan. What can we say.. :')

******
Bot ekspres Kawan Mas kini dikesan terdampar di atas batu pada kedalaman lebih kurang 18 meter di Sungai Rajang, kira-kira 350 meter dari Giam Bungan, tempat bot tersebut mula karam pada 28 Mei yang lepas.



Ketua Polis Belaga, DSP Bakar Sebau berkata penyelam skuba dari Therra Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Petronas yang diberi tanggungjawab meneruskan operasi mencari dan menyelamat, mengesan bot itu pada kira-kira 5:45 petang semalam.

Katanya, syarikat itu kini menunggu ketibaan tiga lagi penyelam, seorang jurutera laut dan semua kelengkapan mereka akan tiba di sini menjelang Selasa bagi membolehkan mereka memulakan kerja mengapungkan bot pada hari berikutnya. 

Menurutnya juga, mereka kini sedang meneruskan operasi mencari di permukaan air.

Footnote: Hari ni sudah 16 June, bot tu karam on the 28th of May. Air sungai Rajang memang deras gila. Apa-apa pun, semoga keluarga mangsa tabah. 
Sumber: http://www.kosmo.com.my/

June 13, 2013

Google or Blogger Comment Box? o.O

Annyeonghaseyoooo!

I was away from all the social sites including Blogger for the past few days, almost all of my entries were auto-posted. Tak nak tinggalkan blog bersawang. Susah nak cuci, you know. So, anyways.. Ada few people bagitau aku mereka tak dapat comment kat entry aku atas sebab-sebab tertentu.

One of the reason is cos dia tak tau guna this comment box. Well, it's simple actually. It's g+ comment box, so of course you need a g+ account. That's how it is. And another one tak tau apa masalahnya, dia cakap tak dapat comment, tu je. Padahal ada g+ account. So I'm not really sure what's the matter. Huhuhu.

The thing here is, aku boleh je tukar balik to blogger comment box tapi aku sayang g+ comment box ni :( Aku sayang cos first of all, it looks elegant. Yes, aku memang pentingkan wajah blog. Hahaha. Next, aku suka ikut peredaran waktu. Pendek kata, upgrade ikut peredaran waktu la. Hihi. 

Third reason, kalau orang comment kat entry aku, indirectly they share out my posts in their g+ account. Aku bukan kejar traffic tinggi tapi aku suka ikatan yang terjalin. I met new people through this sebab mereka comment kat post yang telah di-ping secara tidak langsung. Banyak je wajah and nama baru yang comment :D And aku pun selalu blog walking through g+ now.


So, I don't know if I should change back to blogger comment box :/ But I got a feeling that everyone's going to use g+ one day. Haha. Entahlah. Aku sayang g+ ni. Huhuhu. Nak letak dua-dua pulak tak boleh. Macam mana eh? Suggestions please. o.O 

Signals for Help [ Save Our Souls ]

Annyeonghaseyo :)

Have you ever heard of the term SOS? SOS which stands for Save Our Souls is a term that people use to when they are lost somewhere on earth. It is important for us to know about this. 

If you ever find yourself lost without communication radio, whistle or cell phone, you mainly have to use visual signals. Depending on your situation and material you have, you can use either fire and smoke, a signal mirror, flares and flashlights or strobe lights to create your visual distress signals.

************
Visual Signals
For best results when signaling for help, select a signal site close to your shelter with good visibility such as clearing, hilltop or a lake shore. If you ever wonder will there be a search for you, put yourself in the searches' shoes. A search will probably start from your last known location and sweep over your proposed location. 

SOS Signals
SOS (Save Our Souls) is the best known international distress signal. SOS signal can be transmitted by any method, visual or audio. The code for SOS is 3 short, 3 long and 3 short signals. Pause then repeat the signal.

SOS SIGNAL

"Saya kat rumah je" .

Buenos Dias! :) [Good morning in Spanish]

Cerita ni aku dapat dari page fuh.my kat Facebook malam tadi. Saja je nak share :D

*********
Kisah ni berlaku di Jalan Loke Yew. Pada suatu malam, ada seorang perempuan ni baru balik dari party. Kat party tu dia minum sampai mabuk. Dalam perjalan pulang tu, dia kena tahan polis dalam satu road block. Polis tu minta lesen memandu dia dan banyak urusan lain. Sedang polis tu check perempuan tadi, ada satu kemalangan berlaku kat seberang. Since accident tu terjadi depan mata polis sendiri, dia terus berlari ke seberang menuju lokasi kemalangan.

Perempuan ni nervous so she ran to her car then drive balik pergi rumahnya kat Klang. The next morning, pihak polis datang ke rumah dia lepas tu tanya, "Awak pergi mana malam semalam?". Perempuan tu jawab "Saya tak pergi mana-mana, Encik. Saya kat rumah je". Polis tu tanya lagi, "betul ke??". Then she answered "Betul, encik. Sumpah saya tak pergi mana-mana. Kalau tak percaya boleh tanya housemate saya". 

So then polis tu jawab, "Oh, ye ker?", sambil tergelak lepas tu sambung "mari sini, keluar sekejap". Lepas perempuan tu keluar, polis terus tunjuk kereta kat luar tu then kata "Ha, tu kereta sapa tu?!". Perempuan ni terkejut giler sampai nak pengsan bila tengok kereta kat luar tu.

June 11, 2013

300th & 333rd Follower

Annyeonghaseyo =)

Tak sangka followers dah sampai 300. Uwahahaha. Big thanks to everyone yang sudi follow blog tak seberapa ni. Yep, I know without you guys I'm nobody in this blog world. Xie xie, thank you, terima kasih, kamsahamnida! I'm actually quite touched bila blogger otai like Kak +Mia Liana and Uncle Lie aka +PakcikLie PCL  sudi follow blog aku ni. Yela, blog tak seberapa tapi orang top sudi follow. Hee. Makasi a lot! :')

And this entry is specially for my follower yang menggenapkan angka 300. I'm sorry tak sempat nak snap picture masa follower betul-betul 300 cos I was away. My followers was 297 then when I come back, it was 313 already. I counted it manually and tadaa;

Fact: Branches of Iban People

Annyeonghaseyo!

I read this article about Iban people in Wikipedia last night and actually found something pretty interesting. It's the branches of my people. Bagi yang tidak tahu, aku ni keturunan Iban. Parents are both Iban so I'm pure Iban by birth but ada keturunan Bidayuh and Cina through grandparents. Hikhik.

Before I begin about the branches, here's some short info about the Ibans. The Ibans are of Dayak people of Borneo. In Malaysia, most Ibans are located in Sarawak, portion of Sabah and some in West Malaysia. They were formerly known as Sea Dayaks. Ibans were renowned for practicing headhunting and tribal expansion. They had a fearsome reputation as a strong and successful warring tribe in ancient times. [ Wikipedia ]

Source: scv.com
Back to branches of the Iban people, orang Iban terbahagi kepada beberapa cabang mengikut tempat penetapan di Sarawak.

Orang Iban yang tinggal di daerah Lundu dan Samarahan digelar Iban Sebuyau. Iban yang menetap di daerah Serian pula dipanggil Iban Remun. Orang Remun ini merupakan kumpulan Iban pertama yang berpindah ke Sarawak pada satu ketika dahulu. Bagi yang berasal dari Sri Aman pula dipanggil Iban Balau manakala dari Betong, Saratok dan sebahagian Sarikei pula Iban Saribas.

June 10, 2013

5 Sebab Aku Blogging :D

Annyeonghaseyo! :)

I have quite a number of reasons to blog and here's some of them. You may continue to read on if you think it's interesting but you may leave if you feel like it. Hahahaha :P Sorry for the unpleasant welcome. Janganlah marah nanti cepat tua. Kihkihkih.

First of all, blogging is one of my way to achieve my dream. I've always dreamed to be a reporter or journalist and blog is the only place I be one of them. Aku jenis yang suka ambil tahu tentang semua yang berlaku di sekeliling lepas tu buat report. Pendek kata, aku reporter wannabe. Belum tiba masanya aku jadi real reporter, dan sebab tu aku punya reports di salin dan lekat dari pelbagai sumber! :P

Secondly, blog ni sudah macam diary aku. I have my personal stories somewhere inside and kadang-kadang bila rindu, I just have to search them and read. Lagi senang, hanya perlu upload gambar and type. Kalau guna buku, terpaksa main cuci gambar and lekat kat diary. Susah kan begitu? So, blog is the best diary ;)

Source: Google

Mandi Ais

Alohaa :)

Ni kisah last Saturday actually. It was a hot hot Saturday. Like seriously panas. Aku ingatkan Kuching je yang panas tapi bf yang kat KL pun complain panas sampai tak boleh tido malam. Pukul 4 pagi text cakap panas, gila tak cuaca sekarang ni? Haiyaa. Salah siapa? Hehehe.

Disebabkan cuaca yang superduperhyper panas tu, aku mandi ais. Haha. It wasn't planned actually. Before pergi bathroom, aku pergi dapur then buka refrigerator and saw 3 blocks of ice + a pack of dry ice. The idea just popped into my head. Hahaa. Blame the hot weather, manusia perlu mandi ais. But then, blame human beings for chopping of trees and cos the hot weather. Vice versa gitu. Hikhokk.

Aku mandi ais bukan bermaksud aku mandi guna ais, but I put them in a basin filled with water. Sejuk. Nyaman. Indah. Cool. Marvelous. Haha. Semuanya tersenarai.

Diana Danielle Belum Bersalin

Annyeonghaseyo.

Selepas berita mengenai kelahiran anak sulung Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle, tersebar luas semalam, MiG online telah pun mendapat kesahihan berita tersebut. So, dah beranak ke belum Diana ni? Mestilah korang tau jawapan sebab tengok title pun dah tau. Haha.

MiG online telah mendapat pengesahan daripada Farid Kamil sendiri mengenai gambar yang diupload ke dalam Instagram miliknya semalam. Menurut Farid Kamil, bayi itu bukan bayinya dengan Diana tetapi bayi itu adalah anak kepada adiknya, Dr Anis.

Latifah Omar Meninggal Dunia

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Latifah Omar, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser, pada kira-kira pukul 6 petang semalam. 


Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut. 

"Allahyarham menjalani pembedahan tersebut pada jam 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri. Petang tadi saya dimaklumkan beliau sudah pun meninggal dunia", ujar Datuk Mustapha.
Baru beberapa hari lepas kita ditinggalkan S Shamsuddin, kini Latifah Omar pula. Condolences to the families. Semoga kekal tabah. 
 Sumber: http://www.utusan.com.my/

June 09, 2013

Busy Week Ahead!

Annyeonghaseyo!! :)

Cuti sudah tamat. Now it's time to focus on studies. Back to student life. Aiseh, masa study bukan student eh? Haha. No more Gawai, not even Christmas. Eh, Gawai ada lagi cos ada celebration next Saturday. Punya lah lambat celebrationnya, on the 15th baru nak celebrate. Mhm.

And I've a week to prepare for the celebration. Tasks were given to us and seems like I'm handling most of them. Oh my. Presentations, decorations, foods, activities. Not forgetting the camp that's getting closer and the trip to Sinar Serapi Eco Theme Park. Uwaaa. T___T

So no more blogging like there's no tomorrow, no more blog walking sampai kaki lenguh, no more staying up late till Subuh unless I have to burn the midnight oil. Huahuaa. When's the next holiday? I can't wait. Haha. Back to student life, more assignments coming up. Yay! I can't wait :P

Lepas ni tak ada lah korang nak tengok comment aku kat entry korang. Haha. Except those yang dalam bloglist aku lah. Tu yang wajib jenguk. That's my style kalau busy. Barely scroll down through entries in home. Hiks. Oh guess what, Saturday ni aku pakai baju Iban. Hahaha. Baru jadi Iban sejati. Aiseh ;D

Last Christmas :')

Aloha :)

Gawai is over. I didn't even celebrate Gawai so there's nothing much to tell. Wasn't a good Gawai this year cos I was in Kuching throughout the whole festive. SAD. Rindu kampung :( Selalunya lepas Gawai, mood aku automatic beralih ke Christmas. Yeah, after Gawai is always Christmas. So now my mood is definitely on Christmas. 

I miss Christmas as much as I miss my bambam. Kebelakangan ni lagu Christmas memang sentiasa menari di udara dalam bilik ni. Hikhok. Teringat balik preparation untuk Christmas last year. I handled drama presentation, dance presentation, exchange of gifts and orang utama dalam Multimedia Ministry. Multimedia Ministry tu kira sound and projection la. Hiahoo. 

Rindu suasana Christmas, semua hati gembira :') And rindu busy for a week prepare semua props and costumes. Sampai mata lebam sebab kurang tido, aku jahit dance costume dengan tangan sendiri for the 7 of us. Haha. Seriously sangat rindu. Rasa nak nangis pun ada :') Recall balik semua yang berkaitan with Christmas last year;

*** Back to December, 2012 ***

Few weeks before Christmas. Was at Kuching Central untuk cari kain for dance costume and terserempak with this fellow. Fake Santa Claus. Dari jauh nampak macam real, bila dah dekat.. Ceh, patung. Haha

Sungai Paling Kotor Di Dunia

Annyeonhaseyo! :)

Sungai Citarum yang terletak di Jawa Barat, Indonesia, pernah tersenarai sebagai sungai paling tercemar di dunia pada tahun 2007. Terdapat 5 juta penduduk mendiami kawasan tebing sungai ini dan oleh sebab itu sungai tersebut dipenuhi sampah sarap. Pada tahun 2008, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman sebanyak USD 500 juta kepada Indonesia bagi mengurangkan pencemaran sungai ini. 

* Tak tau berhasil ke tak usaha nak kurangkan sampah ni. Tapi macam tak ada harapan. Hikhok.

Gambar:



Aku letak 2 gambar je la kay. Tak tahan aku tengok gambar ni. Rasa nak muntoh pun ada. Tak macam sungai dah. Huwaa. Minta-minta dijauhkan dari Malaysia. Oh please. Nak tengok lagi banyak gambar sungai ni boleh click SINI

June 08, 2013

Segmen: Button Runningman


Nama pada button: Vee Lea
Warna: Ungu

Tamat: 15/06/13
I'm a runningman addict since last week. Wahaha. I want this badge! Harap-harap menang :D

Don't Call Me Sayang

Aloha!

Pernah dengar lagu Call Me Maybe by Carly Rae Japsen? The chorus part that says "Hey, I just met you. And this crazy. But here's my number, so call me maybe". I got inspired by the latest incident to change the chorus a bit. Yeah, sikit je. And it goes something like this;
Hey, I don't know you
And this is freaky
But listen to me
Don't call me SAYANG.
Hik hok. I actually hate it when guys call me SAYANG, BABY, HONEY, SWEETHEART, LOVE, dan yang sewaktu dengannya, unless you're a woman or you have a special relationship with me; tak kisah my lover or brother, super best friend or aku ada hati kat kau. Hahaha. Bukan aku geli or aku sombong cuma aku tak selesa. Bagi aku, orang macam ni is quite disrespectful and tak professional. 

Now let's put yourself in my situation. Imagine yourself in a mall dan beratur panjang nak bayar barang. When it comes to your turn, the cashier does his job then look at you and say "Semuanya RM 43.50, sayang". Can you imagine how it feels?? Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. Tup tup panggil aku SAYANG. Orang lain kat belakang yang dengar pun dah angkat kening sebelah. Aku geli, rimas, dan rasa tak dihormati bila dibuat macam tu. Even my friends panggil aku sayang pun aku rasa weeiirrdd, apatah lagi STRANGERS. 

June 07, 2013

Giveaway: "I love You" Chocolate


Tamat: 13 Jun 2013

Kisah Kuku Patah #4: Reborn

26th of March, one particular date I'll never forget. Yes, the day when I broke my toenail. Hahaha. My mistake, my eyes were set on the television completely when I was walking towards the coffee table. Thanks to that, I knocked my toe on the sofa and tadaa.. Kuku patah :P

It was painful and scary. I remember I was like, oh my gucci. WHAT SHOULD I DO? I just sat on the sofa, holding the pain without any tears and talked to the bf about it; asking him what to do etc. It was hilarious. Haha. I mean, I've never experienced it before and I had no idea what to do. Wanted to clean off the blood but I've no guts to even drop a speck of water. Hihii.

It's been 2 months + since the tragic incident happened. Hm. Tragic lah sangat kan?? Haha. I read few health articles about broken toenails, how to keep it clean, and few more information. All of the articles actually mentioned that it will take at least nine months for a broken nail to grow back completely. So it's like waiting for the right time to push out the baby, somehow :P

But guess what, it's not even the third month yet but my nail has grown back completely. Uh-huh, you read it right. Dah tumbuh sepenuhnya :D It's like other nails as well, the difference is this reborn nail is soft. Picit-picit, lembut je rasa. It doesn't feel like any other normal nails. Lolss.

June 06, 2013

Update: Tragedi Bot Karam di Belaga #5

Belaga: Arus deras Sungai Rajang terus menjadi halangan usaha hari kesepuluh mengapungkan bot ekspres Kawan Mas yang karam di Giam Bungan, Selasa lepas. Sebelum ini, penyelam profesional polis dan pasukan bomba berdepan kesukaran melaksanakan tugas kerana mudah dihanyutkan arus meskipun membawa bebanan sebanyak 35 kilogram setiap kali menyelam. 

Gambar sebelum dan selepas tragedi. Picture credit: www.mysumber.com
Nasib sama dialami pasukan bantuan hari ini yang terdiri daripada tiga pakar selam tempatan iaitu Pilot Jelawang, Kajan Juloi dan Telegi Tang dari Sekapan Panjang.

Ketua polis daerah Belaga, DSP Bakar Sebau, berkata, kegagalan itu menyebabkan operasi mengapungkan bot tersebut ditamatkan pada jam 4 petang tadi dan ditangguhkan selama 3 hari bagi mencari kaedah terbaik dan untuk keselamatan kerana air dari Empangan Bakun dilepaskan semula selepas ditutup sejak semalam.

Review Pemenang

Hello everyone :D Hari ini seperti yang dijanjikan, aku akan review pemenang bertuah untuk CONTEST aku yang lepas.  Dalam contest tersebut, aku suruh cari kesalahan yang so the very obvious. Haha. Upah aku linger dalam internet cari information pasal nature parks kat Malaysia, terserempak dengan kesalahan yang adoyai tepuk dahi sendiri.

Gambar di atas merupakan gambar untuk contest tersebut. Soalannya ialah cari kesalahan gambar di atas. Sudah terang lagi ber-torch light kesalahan di atas ialah address Gunung Mulu. Hehe.. Tak sedar pulak aku duduk dekat ngan China. Oh, murahnya tambang belon pergi China, tak sampai 1k pun. Ihiks. Daann, jom tengok siapa pemenang bertuah :) Tapi sebelum tu, aku nak minta maaf yer. Aku tak pernah review orang and tak pandai review orang. HAHA. So err, aku main hentam je ni :P

Pemenang #1: 


Pak Cik Lie yang aku gelar Uncle Lie. Haha. Aku tak biasa gelar orang pak cik, biasa guna uncle je. Hehe. Berdasarkan biodata uncle Lie, uncle sekarang duduk kat Banting, Selangor. Not available dah dan mempunyai 2 puteri. Blog uncle Lie ni salah satu blog yang aku sukaaaaa baca sebab blog ni sempoi, sesempoi header beliau. Walaupun entry personal, kat hujung mesti ada nota kaki yang precious. Sometimes buat readers terbuka mata and dush, menusuk kalbu. Uncle Lie juga seorang yang peramah, selalu tinggalkan jejak kat entry aku. Last but not least, he's one of my idol dalam dunia blogging nih ;)

Update: Tragedi Bot Karam di Belaga #4

Bintulu: Selepas 9 hari cubaan untuk mengangkat bot Kawan Mas yang karam di hulu Sungai Rajang pada 28 Mei yang lepas gagal, anggota mencari dan menyelamat yakin mereka dapat mengangkat bot tersebut pada hari ini. 


DSP Bakar Sebau yang mengetuai operasi tersebut yakin mereka dapat menyempurnakan misi tersebut kerana 2 traktor dari sebuah syarikat pembalakan yang disediakan telah pun tiba di lokasi kejadian. Tugas mereka pada hari ini ialah melampirkan kabel pada bot dan menariknya menggunakan traktor tersebut. 

Dalam temu bual melalui telefon malam tadi, beliau mengatakan mereka akan turun ke lokasi seawal 7 pagi, dijangkakan tiba di lokasi kejadian pada jam 7:30 pagi dan akan terus melakukan operasi tersebut. Sementara itu, 4 orang tempatan yang mempunyai pengalaman menyelam dalam air yang deras secara sukarelanya menawarkan bantuan untuk mencari. [Ooh, I like this spirit!!]

[Lirik]: I love You - Najwa Latif

Halluu! Sekarang pukul 3 pagi. And aku tak boleh tido sebab demam + flu. Flu sampai hidung blocked so bernafas guna mulut je, terngaga cam ikan kat darat. HAHA. Tak selesa, jadi aku online and terdengar lagu baru iaitu I love You by Najwa Latif.

Picture credit: hotxpress.com
Lyrics:

Mungkin kita pernah merasa tentang cinta
Yang takdirnya  bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau jemu

June 03, 2013

Funny: China-made Brands

Halluu :D Seperti yang kita semua tau, China ni memang top dalam bab copy&paste a.k.a menciplak barang kan?? Well, tak payah cakap banyak. Jom kita tengok china-made items ni dan ketawa sama-sama. Hahah :P

ORIGINAL: Rexona

ORIGINAL: NIKE

Segmen 3 Hari Mencari Bloglist by Cikgu HAiLMi

Uinaa. Sempat lagi join segment walaupun tadi cakap nak off + mabuk ubat. Tahaha. Tadi baru nak keluar terus tengok ada invitation dari Cikgu Hailmi. Terkejut jugak sebab dia cakap bahasa Iban dengan aku. I was like, ehh?? Hahah. Then tengok tarikh tamat is on 4th. Aku dapat bayar wifi ni on the 5th. So that's why aku gagahkan diri jugak buat entry ni :D Haha.

Segmen 3 Hari Mencari Bloglist by CiKGUHAiLMi

Tadaaa! By the way, ni pesanan khas untuk Cikgu Hailmi ni. Tak tau dia betul-betul tau bahasa Iban or just few words je, we'll see aite.

Terima kasih udah ngundang aku ngau segment nuan nya. Ari ni penatai nuan, jang? Kati tau nemu jaku bansa kami? Hahaha.  Udah nemu diri sebansa, anang nda bejaku gak au. Madah ari ni penatai, nyamai betusut. Engka te kaban belayan meh tua tu. Kikiki.

Cikgu, kalau faham semua tu, sila jawab dalam entry yer. Ni special request dari aku ni. Hahahaha. Seronok jugak jumpa geng nih :D Gahaha. Ingat yer, kalau faham sila jawab dalam satu entry khas untuk aku. Makasi :P


June 02, 2013

I'll be baaaaackkk!!!

Yeehhuuu!! Lama jugak aku menyepi dari blog kan kan kan?? Eh, tak lama sangat. Aku je yang rasa lama semacam. Eheheh. Sebenar dua benar tiga benarnya, wifi rumah kena cut sebab lambat bayar. Oops. Bila nak bayar pulak, orang dah bergawai. oOOohhaa! So kena tunggu lepas public holiday, which is on the 5th of June sebab 3rd and 4th still cuti. Sekarang ni pinjam line dari phone kakak kejap. Ehehe.

Kekadang bila benda ni jadi, rasa macam lagi elok guna broadband sebab boleh top up anytime. Bila public holiday pun still dapat top up. Tapi.. Bila dah tengok speed antara wifi and broadband, of course hati saaaaaayang wifi. Hahaha. Merapu je nih. 

Soo, tak nak berleter panjang dan guna hak milik orang lain lama-lama, aku berhenti di sini. Yang dah comment kat entry pasal review tu, terima kasih. Anda akan di review after 5th of June! Kepada yang tak comment tapi nak di review, boleh jenguk SINI yer. Hehehe. 

Sebelum berundur, selamat hari Gawai dan tadau Kaamatan kepada sahabat blog yang menyambut hari tersebut. Moginuman, moginuman juga.. Orang-orang tersayang pun ingat yer. Don't drink and drive!! :D Daann, wait for my Gawai entry. Ekekeke. Sekian, terima kasih :D